AWAS POLITIKING PERIBADI
Sabah. Masyarakat mula menyedari wujud politiking peribadi berkumpulan dikawasan GRS tewas dan menang tipis pilihan raya negeri (PRN) yang lepas yakni talam dua muka tanpa disedari.
Langkah golongan terlibat dilaporkan mensabotaj calon GRS sehingga tewas namun bila GRS dan PN membentuk kerajaan negeri mereka berlumba lumba menghantar borang permohonan jawatan demi kepentingan peribadi tanpa disedari pemimpin setempat.
Pendedahan Pak Sorinsinsid veteran politik Tenom sebagai mengulas situasi politik seluruh Parlimen Tenom yang sukar ditawan GRS pada pilihan raya lepas, sebaliknya bila GRS kembali memerintah negeri Sabah sebilangan TALAM DUA MUKA ini berebut rebut memohon jawatan bagi kepentingan peribadi tanpa rasa bersalah mengalahkan calon GRS dikawasan DUN dan PARLIMEN mereka ujar beliau.
Pak Sorinsid mengaku sepanjang pilihan raya kejatuhan BN jelajah dalam negeri ini dilakukan pemerhatian sememangnya ramai RALAM DUA MUKA, pagi di markas BN petang di Markas Pakatan Harapan Plus bagi menjatuhkan calon BN sehingga Kerajaan Warisan Pakatan Harapan memerintah 22 bulan sebelum GRS dan PN kembali menang dalam pilihan raya negeri yang baru lepas katanya.
Menurut Pak Sorinsid kini golongan Talam Dua Muka yang mendapat tugas baharu diperingkat DUN yang GRS tewas diseluruh negeri ini bukan main gaya golongan terlibat panggilan telipon rakyat yang mengenali mereka langsung dimatikan tegas beliau penuh kesal.
Kebanyakan dari calon yang dimenangi pembangkang pada PRN negeri baru baru ini dipercayai berlaku unsur sabotaj talam dua muka dikalangan politiking bawahan tanpa disedari pemimpin tertinggi parti jelas Pak Sorinsid.
Pak Sorinsid juga mengingatkan kerajaan GRS BN dan PN Sabah supaya melakukan pembersihan pemimpin bawahan mereka secara berperingkat sebelum pilihan raya negeri akan datang dikawasan Dun dan Parlimen yang mereka tewas jika berhasrat mahu menang dalam pilihan raya kelak katanya.
Kegagalan membersihkan kepimpinan diperingkat bawahan sekadar memperkuatkan lagi jentera parti pembangkang yang memiliki golongan TALAM DUA MUKA berkerja dalam lantikan GRS, PN dan BN Pak Sorinsid memberitahu.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan