Jumaat, 9 Disember 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
POLITIK JALANAN PANAS?
SABAH. Bahang politik jalanan dikalangan mereka yang tidak mendapat kerusi duduk dalam BN kini semakin panas tanpa api atau umpama minuman tanpa gula sehingga tidak kenal siapa juga disekeliling mereka, mengutuk para pemimpin kerajaan masa kini juga menjadi agenda mereka sedangkan masa mereka semua ini menjawat jawatan dalam kerajaan sebelum ini bagai intan permata pujian diberi malah melenting marah jika BN ditegur masa mereka dalam jawatan terdahulu.
Sesetengah pengamal politik jalanan masa kini juga sekadar melepas geram dan emosi akibat pertukaran jawatan dan orang lama berganti baru sudah pasti yang kehilangan tempat duduk akan berusaha menebus kedudukanya yang diganti orang, tidak hairan lah masa kini panas cerita politik dipelusuk negeri ini masing masing dengan agenda tersendiri tanpa mengira siapa juga didepan mereka asalkan ramai tertarik bagi menyertai politik baru mereka tanpa ada asas agenda golongan terlibat merancang menukar kerajaan BN.
Sesuatu yang melucukan terdapat ahli ahli politik yang mahu berhasrat menjadi calon pilihanraya ke14 akan datang namun segelas air pun tak mampu membeli untuk rakan rakan sekali pun tak berdaya namun nafsu bukan main mahu duduk YB kelak, ini jelas berlaku dibeberapa kawasaan DUN sejak beberapa bulan yang lalu melibatkan pelbagai kefahaman parti politik tempatan dan nasional amnya kian bersemangat mempromosikan diri sebagai calon mewakili parti masing masing terutama golongan pakatan parti pembangkang dengan pelbagai agenda tersendiri.
Pendedahan Steven Major Alifce semasa perjumpaan media terkini bagi mengulas percaturan parti politik masa kini walaupun suara suara rakyat jelata masih lagi keliru memilih bakal pemimpin mereka yang berwibawa, ramai rakyat jelata menyifatkan individu yang aktif menggerak diri mempromosi sebagai calon merupakan bercita cita mendambakan jawatan Wakil Rakyat serta amat yakin akan dilantik kesesuatu jawatan kabenit negeri jelas beliau.
Steven Major Alifce menambah, seharusnya penonjolan diri menjadi pemimpin mahupun rebut peluang menjadi calon pilihan raya wajar membuktikan keprihatinan membantu orang kampung dengan pelbagai cara khususnya makan atau saguhati berpatutan, sebelum sah disokong menjadi pemimpin amnya wakil rakyat nampak sudah sikap orang yang mempromosi diri tangkai jering disamping enggan terima suara rakyat jelata dan amat penting golongan terlibat ditolak ketepi  lamgkah mereka jelas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan