Khamis, 29 Disember 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
DUA KAWASAN PARLIMEN PANAS
Sabah. Kawasan Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar panas berikutan semua kerusi DUN digempur pakatan pembangkang parti tempatan Sabah secara sepakat sejak sebulan lepas dengan pelbagai teknik rumah kerumah meja kedai kopi mahupun warung warung tertentu serta laman sesawang, selain dari itu ada pula pihak tertentu yang sengaja berkempen pembangkang namun masih berkerja dengan kerajaan tanpa rasa bersalah sikap mereka umpa juga musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan tidak segan silu cuba berkempen menukar kerajaan BN pada pru ke 14 akan datamg.
Antara DUN yang panas ialah Dalit, Sulaman, Kiulu, Tamparuli, Kerambunai, Darau dan Inanam dimana kubu PBS, UPKO dan UMNO dalam konteks cukup jentera menjalankan jentera kempen meraih undi rakyat jelata kelak, namun dipercayai terdapat pelbagai masaalah jentera pemimpin bawahan tidak disenangi rakyat jelata mengakibatkan ramai berhijrah kepihak parti lawan tanpa sebarang paksaan meninggalkan parti kompenen BN menyertai beberapa parti pakatan tempatan Sabah.
Pakatan parti tempatan Sabah pula banyak manis muka berborak dengan semua lapisan etnik kaum demi meraih sokongan memperolehi ahli yang ramai sehingga ribuan orang ahli dalam seminggu diatas borang kertas atas bayaran tajaan orang lain, namun penghijrahan ahli kebeberapa parti pembangkang dilaporkan tidak kukuh memandangkan jika mereka dirujuk oleh ahli parti berkeliber pasti akan juga berhijrah keparti lain asalkan sumber keperluan mereka diberi cara tunai dan bukan janji terang bulan amalan sesetegah orang politik.
Olnius Bernud mendedahkan percaturan politik kawasan Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar yang memiliki 4 DUN serta 3DUN Jean Lai penghujung tahun 2016 masih lagi tidak banyak persediaan jentera kedua dua kumpulan BN dan PEMBANGKANG dimana belum meyakinkan rakyat, malah pemimpin bawahan antara BN dan PEMBANGKANG terus mengabaikan rakyat jelata yang bukan kroni mereka terutama golongan atas pagar dan jarang menonjolkan diri dalam setiap perjumpaan pelbagai parti politik disetiap kampung dalam kawasan yang tersebut sejak beberapa bulan lepas tegasnya.
Menurut Olnius Bernud penduduk dalam kedua dua kawasaan Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar menggesa gerak kepimpinan parti diperingkat bawahan agar berkhidmat dengan penuh tanggongjawab jujur dan amanah pada rakyat, jika kepimpinan politik cuai diperingkat bawahan dengan sering membelakangi masyarakat berbilang kaum sudah pasti parti politik BN mahupun PEMBANGKANG pasti akan ditolak oleh rakyat yang keluar mengundi setiap kali pilihan raya berjalan walaupun cukup jentera tetap akan dihukum tegas beliau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan