Khamis, 1 Disember 2016

Oleh. Bujie Tukarang
 GOLONGAN KAKI BOTOL PERLU WASPADA
Telipok. Semua pelanggan kedai minuman keras sekitar pekan Telipok perlu berwaspada bagi mengawal diri sepanjang sessi meminum arak agar tidak berlaku tumbang ditepi jalan akibat mabuk berlebihan sehingga menjadi tontonan orang ramai siang dan malam, selain dari itu peniaga peniaga yang menjual minuman keras kawasan pekan Telipok juga perlu memiliki tanggongjawab menilai pelanggan yang sudah minum berlebihan agar diberi nasihat berhenti minum agar mampu berjalan pulang kerumah demi keselamatan diri dan keluarga sedang menanti dirumah.
Setiap peniaga sememangnya memerlukan keuntungan dalam pendapatan tiap hari namun demi nyawa pelanggan mereka seharus memiliki kuasa memberi nasihat atau menghentikan keghairahan kaki botol selepas meminum berlebihan dalam permis pernigaan mereka,  jika langkah langkah peniaga dapat diperbaiki sudah pasti kaki botol sentiasa terselamat dari tumbang dan terbaring ditepi jalan raya besar dari Tuaran ke Kota Kinabalu tanpa sedar diri dari malam sampai siang tanpa sedarkan diri serta keselamatan diri dari pelbagai musibah terutama melibatkan nyawa sekali dikawasan tersebut.
Demikian pandangan masyarakat pekan Telipok dalam tinjauan media-terkini sabah.blogspot.com yang memantau kes seorang lelaki warga tempatan terbaring sekadar berselipar dan seluar pendek tepi jalan Tuaran ke Kota Kinabalu pagi ini 2 Dec 2016 jam 06 lebih kurang jam 06.30 minit pagi,  berpuluh orang yang lalu lalang dikawasan tersebut turut menjadi penonton dengan tingkahlaku kaki botol tak dapat dipastikan berasal dari mana serta dari suku kaum apa namun dipercayai penduduk tempatan serta minum dikawasan kedai pekan Telipok bersama rakan rakan namun terpisah selepas mabuk.
Sehubungan dengan pendedahan ini masyarakat mukim Telipok perlu bijak memelihara maruah diri agar jangan sampai tumbang tersungkur ditepi jalan raya pada waktu malam agar tidak meruntuhkan akhlak diri dari pandangan orang luar, peniaga minuman keras setempat juga perlu bijak memainkan peranan mengawal pelanggan mereka dari meminum arak sehingga tidak sedar sampai tumbang tersungkur dibahu jalan raya tanpa sedar mereka belum sampai rumah keluarga yang menunggu penuh risau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan