Jumaat, 16 Disember 2016

Oleh. Bujie Tukarang
AKBAR PEMANGKIN ANAK WATAN
SABAH. Langkah seorang anak peneroka dari Semananjung Malaysia memberi ruang kepada anak watan Sabah menerajui akbar Online media-terkini-sabah.blogspot.com merupakan teladan baik kearah meluaskan perniagaan pengiklanan disamping memudahkan penyebaran berita bernas dan berkualiti, malah kepakaran dan pengalaman PENGARANG berita media terkini sabah lebih 10 tahun menjadi inpirasi seluruh pembaca dalam negeri ini tanpa dipengaruhi ahli ahli politik tertentu demi mencapai agenda peribadi serta memburu jawatan jika berpeluang mendapat undian  majoriti pada pilihan raya tanpa memandang derita rakyat.
Pemilik Azom Productions House Malaysia Dato' Azhar Haji Omar yang membuka media-terkini-sabah.blogspot.com merupakan tunjang utama membantu penduduk Sabah menyuarakan apa juga isu isu kepentingan masyarakat bersama, sesuatu yang menyedihkan ialah orang orang yang berkemampuan seperti Datuk dan Datin amnya ahli ahli perniagaan bumiputera kurang memberi sokongan terhadap akbar sesama bumiputera Sabah bagai satu hasad dengki membantu sesama sendiri tanpa nokthanya.
Satu kebanggaan anak peneroka Sabah diberi kuasa mutlak mengurus akhbar online berstatus bumiputera asli adalah mampu berdikari tanpa membuat pinjaman kewangan dari mana mana pihak amya bantuan kerajaan, namun perlu ditekankan terhadap masyarakat Sabah bahawa tidak salah jika akhbar media terkini diberi sokongan dalam suntikan modal menerusi pelbagai pengiklanan agar ianya mampu bersaing maju sama seperti akhbar lain dalam negeri ini tanpa terbeban dalam pencarian modal pusingan.
Donius Bulangou berkata demikian dalam sidang akhbar bagi memberi sokongan media terkini sabah semasa persediaan hari keluarga Gumbilai di Menggatal sebagai memberi suntikan semangat terhadap seluruh kaum bumiputera dalam Sabah membantu akhbar tersebut, tunggak media terkini Sabah ialah Bujie Tukarang (wartawan pelatih), Jopis Anak Lagau (ketua wartawan), Jasly Dol (jurugambar/wartawan) dan Ketua Biro Pengurusan Pentabdiran Penyuntingan Dan Pengurus Pengiklanan Mr. Arman Karim merupakan gabungan anak peneroka Sarawak dan Sabah status bumiputera asli dengan semangat gigih berusaha tanpa putusasa ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan