Selasa, 13 Disember 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Jopis Anak Lagau
PENGURUSI JKKK PILIHAN RAKYAT MINTA RESTU
Inanam. Kerajaan Negeri diminta memberi sokongan terhadap pilihan Pengurusi JKKK dari suara majoriti orang kampung tanpa disekat oleh kepimpinan pejabat KERAJAAN BN DUN INANAM yang bertanggongjawab menyekat atau menukar kepada kepimpinan lain, ini penting bagi menjaga hati dan perasaan penduduk Kg. Natai Atas dan Kg. Natai Bawah dalam kawasan DUN Inanam sejak berpuluh tahun dahulu tradisi memilih Pengurusi JKKK melalui suara penduduk kampung tanpa ada pemimpin atasan membantah selama ini.
Penduduk kampung tersebut amat terkilan nama pengurusi JKKK yang mereka kemukakan kepada pejabat pihak berkuasa tempatan telah diketepikan oleh kepimpinan UPPM tanpa memaklumkan kepada seluruh penduduk kampung tersebut sebab ianya diketepikan, selain dari itu sistem membelakangkan syor suara ramai orang orang kampung bagi penjawat diunit UPPM wajar diberi nasihat oleh Jabatan Ketua Menteri agar tidak merosak sokongan rakyat terhadap kerajaan BN yang dipercayai amat prihatin pada semua lapisan rakyat jelata masa kini.
Demikian luahan penduduk Kg. Natai Atas dan Kg. Natai Bawah dianggarkan hampir 700 orang penduduk semasa kunjungan kru Media dikawasan kampung tersebut hari ini atas jemputan rasmi para penduduk setempat bagi memperolehi pelbagai permasaalahan kampung mereka, malah golongan penduduk setempat juga turut meminta kerajaan negeri dan pusat amnya turun padang bersemuka dengan orang kampung tanpa bergantung penuh dengan pejabat UPPM amnya kepimpinan parti politik kompenan BN setempat agar segala masaalah dapat diatasi jelas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan