Rabu, 21 Disember 2016

Oleh. Jasly Dol
DUN INANAM PENIAGA GULUNG TIKAR
Kota Kinabalu. Kumpulan peniaga kedai puluhan tahun dalam kawasan DUN Inanam kini berturut turut menutup kedai perniagaan akibat kejatuhan urusniaga kedai sejak beberapa bulan yang lepas disamping lambakan peniaga asing digerai atau tamu mingguan amnya pasar malam serupa barangan runcit dalam kedai, antara terjejas teruk penutupan kedai ialah Pekan Telipok, Putera Jaya, Menggatal dan Inanam dimana peniaga kedai paksa balik kampung akibat mencari RM100.00 sehari pun tak dapat malah wang saku sendiri paksa diguna bagi pusingan modal dan gaji pekerja setiap bulan.
Kebanyakan peniaga yang kehilangan sumber perniagaan adalah rakyat Sabah dan Sarawak dan terpaksa mengharungi kehidupan getir orang kampung memandangkan puluhan tahun berniaga dan kini hilang sumber pencarian bulanan, kemelut peniaga gerai tumah setinggan berhampiran kedai kedai permis perniagaan disamping pasar malam tiap hari menyebabkan peniaga kedai runcit terpaksa gulung tikar menghentikan operasi kedai mereka walaupun terasa perit kehilangan sumber pendapatan bulanan tegasnya.
Mr. Wilfred Lee dari Telipok berkata demikian dalam pertemuan media terkini sabah sebagai mendedahkan masaalah menghimpit para peniaga anak jati Borneo masa kini apa tak lagi GST terlalu membebankan para pembeli berpendapatan rendah, bagi penjual tamu mingguan mahupun pasar malam tidak pernah dikenakan GST namun barangan jualan mereka hampir sama dengan harga kedai menyebabkan ramai orang menjadi pembeli pada peniaga tamu dan pasar malam walaupun status diragui dan tidak berlesen tegasnya.
Wilfred Lee menambah, masaalah peniaga asing dalam tamu mingguan dan pasar malam ialah sikap mereka yang bertambah banyak bagai cendawan tumbuh tanpa siasatan terperinci pihak berkuasa tempatan termasuklah kedai runcit sekitar rumah setinggan, ini lah punca sebenar ramai peniaga kedai kawasan DUN Inanam gulung tikar sampai menutup permis kedai perniagaan demi mengelak dari kerugian lebih besar didalam arus perniagaan berbanding peniaga tamu mingguan atau pasar malam modal kecil untung besar.
Wilfred Lee turut membawa media terkini melakukan tinjauan beberapa permis kedai runcit Inanam, Menggatal dan Telipok jelas banyak yang telah nekad menutup kedai mereka anak jati Sabah mahupun Sarawak dengan pengakuan peniaga rugi hampir setahun yang lalu, adalah menjadi harapan seluruh peniaga terlibat dalam kawasan tersebut agar pihak berkuasa tempatan khususnya wakil rakyat turun padang membuat tinjauan segala masaalah dihadapi masyarakat setempat demi kesejahteraan bagi peniaga setempat katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan