Isnin, 12 Disember 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
CUTI BUKAN PENGHALANG BERSAMA RAKYAT
TELIPOK.  Penduduk kawasan Telipok Darat memuji usaha seorang Ahli Parlimen yang sanggup turun padang menunaikan tanggongjawab bertemu penduduk setiap waktu mendapat undangan amnya jemputan rasmi walaupun bersamaan  hari ahad cuti hujung minggu tetap ditunaikan, malah apa juga jemputan tidak formal asalkan melibatkan pertemuan terbuka pada masyarakat berbilang kaum tetap diharapkan setiap penduduk ketelusan pemimpin bergelar wakil parlimen yang disokong majoriti menjadi pemimpin masyarakat walau dimana juga berada.
Pemimpin bergelar Ahli Parlimen yang sanggup berjalan kaki sejauh 2 batu semata mata berjumpa rakyat merupakan satu contoh yang perlu dijadikan sumber insprasi setiap bergelar pemimpin masyarakat,  malah bukan senang bergelar pemimpin berjalan kaki merentasi bukit bukau terutama pada musim tengkujuh dengan jalanan licin namun mampu dilakukan oleh Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Haji Idtis dirumah Saining Salleh.
Demikian pandangan hampir 1,000 tetamu di Majlis Perkhawinan anak Saining Salleh, Nurhanijah Soining dengan pasangan Madzlan Sarunting jejaka dari Kg. Tombulion Kota Belud pada 11 December 2016 dikediaman pengantin perempuan bertempat di Kg. Kebayau Tamalang Telipok, rombongan Datuk Jumat Haji Idris kemajlis tersebut mengejutkan para tetamu jemputan dimana beliau Datuk Jumat akrab kepada Soining Salleh mendorong seluruh tetamu dimajlis tersebut mengabadikan gambar pengantin bersama rombongan Datuk Jumat Haji Idris dipelamin kedua mempelai tersebut.
KRU media-terkini-sabah.blogspot.com DIKETUAI KETUA BIRO BORNEO ARMAN KARIM SEMPAT MENJAMU SELERA BERSAMA ROMBONGAN DATUK JUMAT HAJI IDRIS DENGAN PENUH KEMESRAAN DIMEJA VIP BERSAMA BEBERAPA TETAMU JEMPUTAN UTAMA YANG LAIN DARI PARLIMEN SEPANGGAR DAN DAERAH KOTA BELUD SABAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan