Jumaat, 23 Disember 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau/Bujie Tukarang
PEMIMPIN POLITIK SAYAP BAHAGIAN PERLU KAJIAN
SABAH. Semua ketua parti pakatan dalam negeri ini wajar mengkaji seluruh kepimpinan sayap bahagian bagi memastikan semua rakyat jelata terus bersatu memberi sokongan terhadap perjuangan mereka tanpa membawa rasa keciwa terhadap kepimpinan bahagian, selain dari itu terdapat pemimpin bahagian dilaporkan oleh masyarakat setempat agak sombong dan takbur bagai seratus persen mendapat sokongan undi dikalangan pengundi pada pilihan raya ke 14 akan datang tanpa mengambil perkiraan segala kekeciwaan rakyat.
Kebanyakan pemimpin sayap bahagian yang sombong adalah terdiri dari pemimpin terjun muka baru yang belum berpengalamam dengan asas politik apa tak lagi mereka yang suka pilih bulu orang yang didekati masa menjelang setiap kali pilihan raya tanpa berubah.
Hanya pada kaum Cina sahaja tidak nampak kesombongan mereka bersama rakyat jelata disetiap peringkat bahagian atas sebab kepimpinan mereka mampu membantu rakyat apa juga keperluan yang dipohon oleh setiap pengundi dalam DUN terlibat, bagi sesetengah kepimpinan bumiputera didalam negeri ini terutama mewakili beberapa bahagian jauh sekali mereka mampu membela rakyat jelata dalam kawasan mereka ditempatkan melainkan sekadar berharap dipilih sebagai wakil rakyat selepas pilihan raya.
Amin Andullah dari Menggatal berkata demikian dalam pertemuan media terkini sebagai mengulas perilaku sesetengah kepimpinan sayap bahagian dikalangan bumiputera dan parti pembangkang bagai mencari kedudukan sahaja, malah ada juga sayap pemimpin bahagian dalam Sabah dilapor berpolitik cari makan dan memburu jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri demi pangkat dan wang gaji setiap bulan tanpa menoleh derita rakyat jelata dalam jagaan pemimpin sayap parti setempat jelasnya.
Media terkini yang melakukan tinjauan seluruh kawasan Dun amat jelas ada kumpulan sekadar cari kedudukan dan gaji tinggi untuk kepentingan peribadi dan keluarga masa akan datang tanpa kepentingan rakyat utama, dengan pendedahan ini seluruh presiden parti pakatan Sabah harus turun padang meninjau sejauh manakah sokongan rakyat disetiap bahagian tanpa bergantung penuh dengan laporan sayap bahagian mereka semata mata jika berhasrat mahu menang dalam pilihan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan