Ahad, 18 Disember 2016

Oleh. Bujie Tukarang
PENGANGKUTAN SAPU BEBAS CARI MAKAN
Sabah. Senang bah cari makan dinegeri ini beli kereta buruk pun boleh angkat penumpang tanpa menggunakan permit penumpang asalkan memahami pelbagai laluan penumpang pasti pendapatan lebih RM3,000 sebulan tanpa sebarang bayaran kecuali insuran dan cukai jalan tiap tahun, isu penumpang tidak perlu bagi mereka menyediakan insuran sebab yang utama dikejar ialah wang keuntungan peribadi tambahan bukan susah membawa diri jika terdapat pihak berkuasa melakukan sekatan jalan sekadar memaklumkan keluarga menghadiri majlis keramaian pasti senang dilepaskan tanpa banyak soal apa tak lagi jika kenalan yang menjalankan tugas.
Gelagat pengangkutan sapu juga dikuasai oleh warga asing dimana siapa juga penumpang menentang kadar tambang dikenakan pasti diugut cedra dengan kumpulan ramai atau dibuang pada mana mana pertengahan jalan,  ini menyebabkan ramai  penumpang yang berdiam diri takut diugut atau dibuang pada pertengahan jalan demi keselamatan dan kebebasan bergerak setiap hari bagi menjalankan rutin kerja seharian demi sara hidup keluarga.
Pendedahan Temuyas Kujikal dalam pertemuan media terkini sebagai mendedahkan kegiatan pengangkutan sapu diseluruh Sabah tanpa nokthanya walaupun pelbagai undang undang hukuman menanti para pesalah, tidak hairan lah jika orang kaya menyediakan berpuluh kereta sewa untuk perniagaan bagi kemudahan pemandu pengangkutan sapu walaupun golongan terlibat tahu salah dari segi undang undang namun alasan cari makan diberi sebagai pelindung jelasnya.
Temuyas Kujikal dari Tamparuli juga mendakwa pemandu pengangkutan sapu tidak berpermit penumpang juga cukup berani dalam menjalankan kerjaya serupa dengan lagak gaya bagai penuh berkuasa dalam setiap daerah walaupun ada unit risikan kerajaan didepan mata, ini terdidik dengan perilaku budaya warga asing yang menjadi rakan mereka tiap hari penuh sombong melanggar undang undang disamping mahu cari duit senang tanpa membanting tenaga dan keringat seperti masyarakat didalam negeri ini sejak sebelum merdeka lagi katanya.
Temuyas Kujikal yakin jika semua rakyat Sabah bersatu memboikot pemandu asing atau mereka yang terlibat pengangkutan sapu pasti semua pengangkutan awam cukup sumber pendapatan mereka tanpa perlu menaik kadar tambang setiap tahun, beliau berharap dengan bantuan paparan ini semua lapisan maayarakat boleh menjauhi perbuatan mengabgkut penumpang tanpa kelulusan pihak berkuasa pengangkutan awam walau dimana juga berada ujar beliau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan