Selasa, 20 Disember 2016

Oleh. Bujie Tukarang
WARGA SABAH KAGUM TUANKU AGONG BARU
Sabah. Perlantikan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dari Sultan Ke 5 Kelantan dikagumi seluruh rakyat asli dalam negeri ini memandangkan kecekapan tuanku dalam apa juga tindakan khususnya pelbagai musibah berlaku terhadap hamba rakyat jelata diseluruh Kelantan, sejajar dengan perlantikan Tuanku sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah menjadi harapan anak asli Sabah Tuanku dapat memayungi negeri Sabah dari keamanan dan mencari jalan menghentikan ancaman penculikan bagai tidak berpenghujung melibatkan nyawa dan wang ringgit.
"Kami rakyat asli Sabah yakin keupayaan Tuanku menjadi Yang DiPertuan Agong Negara Malaysia masa kini tepat dimana kedaulatan Sabah bagai tidak menentu akibat ancaman penculikan dari negara jiran bagai ada yang tidak terungkai, malah para penculik juga amat senang memasuki mana mana perkampungan pesisir Laut dilapor seetnik dengan golongan penculik dan bagai kilat melepaskan diri memasuki negara asal mereka tanpa dapat dikesan seolah olah terdapat etnik mereka menjadi spay merancang kejahatan demi wang ringgit semata mata", ujar warga asal Sabah yang enggan disebut nama.
SETINGGI UCAPAN MENJUNJUNG KASIH DAN TAHNIAH KEATAS PERLANTIKAN SULTAN KELIMA KELANTAN SEBAGAI DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA YANG BARU. AMPUN PATIK PATIK DARI SABAH TUANKU. Daripada, 1. Kumin @ Novet Gilou 2. Marino Ahmad 3. Daimin Sulukan 4. Mohd. Latip Abdullah @ Taysan 5. Mr. Lukin Taliban

Tiada ulasan:

Catat Ulasan