Sabtu, 24 Disember 2016

Oleh. Jasly Dol
ISU PENYELUDUPAN SIAPAKAH MEREKA?
Sabah. Isu penyeludupan barangan keluar negara terdekat perlu disiasat terperinci siapa sebenar mereka semua ini berani melakukan penyeludupan barang keluar negara tanpa takut dengan undang undang yang sedia menanti, malah golongan penyeludup terlibat juga bagai pakar perjalanan kenegara jiran yang terkenal dengan kumpulan persembunyian abu sayyaf dan kroni kroni nya yang sering melakukan penculikan jenayah rentas sempadan namun penyeludup barangan tidak diganggu.
Ramai penduduk asal Sabah mempersoalkan siapakah sebenar kumpulan penyeludup barangan atau minyak keluar dari Sabah menuju kenegara jiran dua negara terdekat dengan negeri Sabah sejak bertahun lamanya?, persoalan ini terlalu rumit untuk dirungkai memandangkan pihak berkuasa amnya kerajaan negeri Sabah tahu pelbagai etnik terdapatvdalam negeri ini ada kaitan dengan etnik sebenar yang bermastautin didalam negara jiran terdekat dengan Sabah.
Isu penyeludupan minyak bersubsidi keluar dari Sabah juga bagai ada orang ambil satu peluang bagi mengaut keuntungan tanpa mengingati kerugian dalam negeri Sabah tanah air yang banyak memberi keuntungan terhadap kumpulan penyeludup, sesetengah penyeludup terlibat dilaporkan berkerja dalam Sabah dengan gaji ribuan ringgit namun masih lagi buat kerja yang melanggar undang undang negara disamping tidak takut hukum larangan dalam agama berdosa melakukan nya.
Pendedahan Gemirus Basim dari Kg. Kalabakan Lama sebagai mengulas masaalah penyeludupan Minyak Petrol serta pelbagai barangan bersubsidi keluar kenegara jiran Indonesia dan Philipine sejak sekian lama bagai tak serik dengan undang undang, perbuatan terlibat juga seolah olah mencabar pihak berkuasa tempatan dimana pihak berkuasa tempatan bertugas siang dan malam namun pelaku penyeludupan terus juga melanggar larangan penyeludupan walaupun golongan terlibat memiliki pegangan agama jelas beliau.
Gemirus Basim mendakwa golongan penyeludup merupakan berasal dari negara jiran dahulu namun tidak pasti bagaimana mereka (golongan kaki penyeludup) memperolehi Kad Pengenalan Malaysia sedangkan bahasa pertuturan loghat asing, kes seumpama ini harus disedari semua pihak orang orang politik mahupun badan badan NGO perlu duduk semeja bagi mencari jalan penyelasaian agar tidak berlaku salahguna peraturan menduduki negeri ini ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan