Khamis, 15 Disember 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
AGENDA HARI KELUARGA GUMBILAI
MENGGATAL.  Generasi keturunan keluarga GUMBILAI akan mengadakan hari keluarga mereka bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan keturunan serta saling maaf bermaafan seluruh keturunan tanpa ada yang dilupakan sepanjang masa, selain dari itu majlis seumpama juga merupakan satu langkah bagi memperkenalkan generasi muda mudi keturunan Gumbilai agar generasi mereka tidak tersasar mengenali keturunan atuk nenek moyang mereka yang kini mula hidup khawin campur.
Hari keluarga berkenaan juga antara lain mempromosi adat, budaya, bunyian tradisi disamping menggalak muda mudi mempelajari adat budaya agar tidak pupus ditelan zaman, hari keluarga Gumbilai ini juga dianjurkan setiap tahun bergantung kepada sumber kewangan keturunan mereka memandangkan tidak ada sumber bantuan kewangan dari mana mana pihak memandangkan ianya melibatkan upacara hari kekeluargaan tanpa melibatkan keturunan lain kecuali keluarga terdekat.
Donius Bulangou Cicit keturunan Gumbilai memberitahu media-terkini-sabah.blogspot. com dalam satu pertemuan di Kg. Kembirian Menggatal sebagai menjelaskan matlamat Hari Keluarga GUMBILAI di Dewan Good Sheperd Menggatal bermula jam 09.00 hingga 05.00 petang dijangka tetamu undangan Datuk Marcel Leiking mantan wakil rakyat DUN Inanam dimana pelbagai aturcara menarik telah disediakan bagi memeriahkan majlis, penganjur keturunan Gumbilai menjemput seluruh keluarga dan keturunan mereka yang berada sekitar Menggatal amnya DUN Inanam datang bagi memeriahkan Hari Keluarga Gumbilai agar hubungan kekeluargaan akan dapat dipupuk demi hubunganan keturunan terus dikenali golongan muda mudi cucu cicit keturunan Gumbilai sebagai mengekal identiti keturunan sebenar katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan