Ahad, 25 Disember 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
SIAPAKAH PENJAJAH SEBENAR DISABAH?
Kota Kinabalu. Kemelut persoalan anak anak asal dalam negeri ini yang sentiasa mempertikaikan isu orang ramai menjajah berkeliaran bebas dipelusuk negeri ini terutama golongan yang meragukan status suku etnik mereka, malah kelakuan golongan terlibat amat memilukan anak anak asli Sabah dengan penuh ego memperlekeh warga asli negeri ini sedangkan golongan terlibat sekadar menumpang cari makan di Sabah.
Penjanjah yang meragukan dan disyaki warga asing ini juga dilaporkan tidak berlesen bagi menjalankan perniagaan sebagai penjajah bergerak namun terus mendapat sokongan pelanggan orang Sabah, ini menunjuk satu galakan bagi warga asing mendapat pelbagai peluang dalam menjalankan perniagaan diseluruh Sabah terutama setiap musim sambutan pelbagai perayaan malah ada juga dilapor mendapat dana suntikan modal dari warga asli tempatan.
Mosulin Liambang berkata demikian dalam pertemuan media-terkini-sabah.blogspot.com di Keningau bagi mendedahkan masaalah kebanjiran warga asing bebas menjadi penjajah di dalam pelusuk negeri ini tanpa keraguan pihak tertentu, masaalah orang menjadi pelanggan penjajah orang asing dalam negeri ini merupakan satu galakan agar orang asing membanjiri sebagai penjajah bebas bergerak mencari wang dipelusuk Sabah dengan pelanggan penuh mereka warga asli dalam negeri ini katanya.
Mosulin Liambang menambah, kebanjiran penjajah warga asing didalam Sabah adalah hasil dorongan penduduk sebenar masyarakat berbilang kaum dalam negeri ini akibat mahu untung atas angin hasil agihan warga asing, yang peliknya golongan penduduk asli Sabah yang bersekongkol dengan warga asing khususnya pendatang tanpa izin lebih suka menuding jari menyalahkan Semananjung Malaysia (pemimpin kerajaan) tanpa nengaku salah hasil perbuatan mereka sendiri tegasnya.
ISU WARGA ASING ATAU PENDATANG TANPA IZIN DISABAH ADALAH DIPERCAYAI HASIL DORONGAN SEGELINTIR ORANG SABAH YANG MAHUKAN KEUNTUNGAN ATAS ANGIN, OLEH YANG DEMIKIAN SEMUA PENDUDUK ASAL SABAHAN HARUS BERIKTIAR MENGHALANG GOLONGAN PEKERJA ASING MENDAPAT KERJA DENGAN MEREKA JIKA MAHU BERSIH DARI PATI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan