Jumaat, 2 Disember 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Jopis Anak Lagau
PENIAGA SERBA BOLEH DI KOTA KINABALU
SABAH. Siapakah yang bertanggongjawab membenar dan meluluskan pelbagai sistem niaga disetiap lorong kedai kawasan Compleks Sinsuran dan Segama Compleks yang penuh sepanjang hari tanpa dikenal pasti etnik mana golongan terlibat, antara jualan pelindung ialah pelbagai Jeruk Asam, pelbagai jenis Rokok Seludup dengan teknik duduk berkumpulan membawa bakul plastik hitam atau Beg Pakaian Besar tempat rokok seludup disembunyikan dan yang ajaibnya kumpulan keluarga Comot bersama anak cucu duduk minta sedekah pada orang ramai pejalan kaki.
Dipercayai kumpulan kumpulan ini adalah memiliki Spay pengintip jika ada pihak orang awam mengintip segala aktiviti yang dirancang dengan penuh licik agar tidak seorang punmampu menghidu kegiatan seumpa demi sumber keuntungan lumayan, selain dari itu satu lagi tambahan urusniaga dikawasan terlibat ialah peminta sedekah dalam kumpulan ramai sehingga laluan pejalan kaki pun payah dilalui akibat terlalu padat peminta sedekah berbaris namun jarang sekali pihak berkuasa melakukan pemantauan diseluruh kawasan tersebut.
Kemelut jual Rokok Seludup dan Peminta Sedekah sekitar Kota Kinabalu dengan pelbagai jualan perlindungan seperti yang dibenarkan amat licik dengan memasang tonto agar tidak dapat dikesan pihak berkuasa tempatan, golongan terlibat juga sentiasa menggunakan bahasa yang sukar difahami dilaporkan mirip bahasa asing juga satu stretegi mereka berlindung dari sesiapa juga masyarakat anak asli Sabah tidak memahami apa juga bahan perbualan peniaga serba boleh demi mengaut keuntungan sekelip mata.
Kes ini didedahkan oleh Guriwos Tombolung bekas anggota keselamatan dalam era tahun 70 an sebagai bahan kajian seluruh pegawai kerajaan Sabah agar mampu membenteras kegiatan tersebut cara sifar menjelang 2020 akan datang,  jika ini tidak diberi perhatian sirius oleh semua agensi kerajaan sudah pasti ia akan terus berleluasa dan untung bersih akan diniknati golongan penjual tanpa sedikit pun diperolehi kerajaan negeri mahupun persekutuan amnya dalam jangka panjang ujar beliau.
Guriwos Tombolung menambah, beberapa orang bandar Kota Kinabalu juga melaporkan penjualan rokok seludup dan peminta sedekah sudah merebak diseluruh negeri ini tanpa disedari seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum, sejajar dengan itu adalah menjadi harapan agar semua pihak berganding bahu membenteras perbuatan serupa demi mempertahankan ekonomi negara dari mengalir kepada individu dari luar negara yang berjiran dengan negara kita ujar beliau penuh kesal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan