Khamis, 15 Disember 2016

Oleh. Jasly Dol
POLITIKING KEDAI KOPI PANAS
Sabah. Kumpulan politiking mengatur calon calon disetiap kerusi DUN dalam negeri ini semakin panas apabila golongan terlibat mendakwa wakil wakil parti pembangkang antara Sabahan mahupun parti dari Semananjung Malaysia, antara yang paling melucukan termasuklah pengakuan taksub seluruh rakyat jelata seratus persen mengundi setiap calon yang mereka pilih dikedai kopi sedangkan semua air muka tidak pernah melawat setiap kawasan DUN yang di intai meletak calon.
Selain kumpulan politiking berceramah dikedai kopi panas ada juga ahli ahli pilitik pembangkang yang rancak menyebar dasar perjuangan mereka dalam parti pembangkang membela masa depan rakyat Sabah jika diberi ruang untuk menang, semua janji kempen pada rakyat minta sokongan untuk menang menjadi kerajaan serupa dengan janji kerajaan BN membela rakyat dan negeri Sabah selepas menjadi kerajaan negeri namun sebelum sertai pembangkang mereka semua ini dari kompenen kerajaan BN dan banyak janji tertinggal tuntutan rakyat jelata.
Beberapa persoalan penduduk dalam negeri ini antara agenda pembangkang menukar kerajaan dengan penuh ketelusan ialah kemana janji semasa bersama BN dan kini menabur lagi pelbagai janji jika perjuangan pembangkang mereka diberi kemenangan,
anehnya sebilangan pemimpin golongan pembangkang masa kini terus bercakap tak serupa bikin apabila apa juga permintaan rakyat dari kepimpinan pembangkang diarah sabar sebab sesudah memerintah kerajaan baru lah membela rakyat secara terperinci.
Demikian pendedahan K. Gairob Lumangkas dari Menggatal dalam perjumpaan media terkini sebagai mengulas segala perjalanan beberapa pemimpin parti politik pembangkang di DUN Inanan, Tamparuli, Dalit, Darau, Kiulu, Api Api, Luyang, Kerambunai, Likas dan beberapa lagi kawasan lain dalam negeri ini, ramai yang keciwa jika bergelar orang politik namun rakyat miskin mohon bantuan RM150.00 pun tidak mampu menghulur bantuan demi kesinambungan hidup fakir miskin dengan jawapan tunggu kita memerintah dahulu dimana mampukah kelaparan menunggu kemenangan mereka jelas beliau.
Semua keputusan menyokong mana mana parti politik terserah kebijaksanaan golongan pengundi menentukan corak kepimpinan yang mampu membela semua kemiskinan rakyat jelata, sesuatu kesilapan dalam pemilihan pemimpin disetiap kerusi DUN dalam negeri ini hanya akan merugikan masyarakaysetempat apa tak lagi jika YB yang dipilih sekadar mahu jawatan dan gaji individu dan bukan untuk pembela rakyat jelata yang menyokong mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan