Sabtu, 10 Disember 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Jasly Dol
GERAK PENCULIK BAGAI ADA MISTERI ?
SABAH. Semua tragedi penculikan dalam negeri ini melibatkan seluruh kawasan perintah berkurung dipercayai memiliki kisah misteri yang sukar dirungkai dengan pandangan mata namun boleh ditenung dengan minda berwibawa mengapa tak ada penghujungnya, dalam konteks pesisir pantai terlalu luas sememangnya tidak dapat dinafikan kawalan ketat telah cukup dipertingkatkan namun golongan geng penculik dipercayai memiliki dalang jurupandu yang berkerja dalam negeri ini tanpa disedari masyarakat asal dipelusuk negeri ini.
Selain dari itu isu penculikan ini tidak boleh menjadikan isu politik bagi menyalahkan mana mana pihak terutama menyalahkan pihak keselamatan memandangkan isu pendatang tanpa izin merupakan plan terancang golongan tertentu yang melindungi mereka dalam negeri ini, dalam kebanjiran pendatang tanpa izin dari negara jiran yang memiliki talian kekeluargaan dengan sebilangan kecil etnik mereka yang berada dalam negeri ini sebagai pekerja buruh maka tidak hairan lah segala pelan terancang mampu mereka lakukan dengan pakatan subahat demi keuntungan.
Sebahagian luahan beberapa warga bekas veteran keselamatan dalam negeri ini sebagai menjelaskan isu penculikan terancang sehingga berani mencedrakan atau membunuh pasukan keselamatan yang menjaga seluruh perairan negeri ini, jika tidak ada rakan subahat etnik mereka dalam negeri ini adalah mustahil kumpulan penculik bebas masuk kekawasan beberapa perkampungan air khususnya dakam liputan perintah berkurung serta kepakaran mereka merentasi lautan kawasan zon perintah berkurung jelas mereka.
Sehubungan dengan ini kumpulan veteran bekas pasukan keselamatan mengingatkan bahawa semua lapisan etnik warga asal asli Sabah berwaspada dikalangan golongan etnik pekerja dari negara jiran wajar diteliti terlebih dahulu latarbelakang amnya perilaku tiap masa, jika perlu golongan terlibat penculik amnya rakan etnik bersubahat wajib dijauhi dan tidak boleh didekati demi maruah  warga tulen Sabahan disamping sama sama membantu melaporkan kegiatan kumpulan terlibat walaupun etnik serupa atau sanak keluarga tidak boleh dilindungi jelas veteran keselamatan Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan