Sabtu, 3 Disember 2016

Oleh. Jasly Dol
JUDI GELAP DAN WAHUI MEMBIMBANGKAN
Sabah. Keluarga berpendapatan rendah merasa bimbang berikutan sindekit perjudian WAHUI dan NOMBOR GELAP kian berleluasa tanpa memilih bangsa dan agama sehingga ada yang gagal membeli keperluan dapur keluarga akibat kala judi, anehnya perjudian tersebut kian berleluasa cara terbuka termasuk lah meja kedai kedai kopi atau pasar pasar sayor dan menumpang kedai kedai barang tidak ada pemantauan dari pihak berkuasa tempatan mahupun jabatan kerajaan berkaitan.
Perjudian NOMBOR EKOR GELAP dan WAHUI cukup licik menjalankan operasinya dimana mampu mengaburi mata pihak berkuasa tempatan walaupun meronda setiap hari namun tidak kelihatan langsung bagai ada penutup pihak mahluk ketiga, tidak hairan lah jika judi tersebut kian bertambah dimaba juga pelusuk dalam negeri ini sehingga menular kekawasan pekan pekan kecil menyebabkan ramai orang susah menjadi kaki judi demi mahu menang sampai habis modal
Mudiang Gimbalod dari Penampang bekata demikian dalam wawancara media terkini bagi membongkar perjudian dalam negeri ini sejak beberapa tahun lalu tanpa dirasai bahana nya dikalangan orang mewah bergaji besar, namun bagi bergaji kecil amat terasa jika duit habis berjudi ikan dan sayor sekali pun tak mampu dibawa pulang kerumah sampai ada suami isteri berselisih faham berikutan barang dapur gagal disediakan setiap bulan demi keluarga menunggu jelas beliau.
Mudiang Gimbalod juga hairan mengapa perjudian WAHHUI SERTA NOMBOR EKOR gelap atau jualan cara sembunyi terus menjadi buruan kaki judi tanpa mengira bangsa mahupun agama dipelusuk Sabah, sesuatu harapan kepada masyarakat dalam negeri ini ialah menginsafi segala perbuatan judi demi keluarga yang mengharap nafkah halal atau bersih setiap hari agar berhenti dari kaki judi sejajar dengan larangan pelbagai agama tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan