Sabtu, 17 Disember 2016

Oleh. Bujie Tukarang
BANTU SAYA CALON DUN?
Sabah. Matlamat saya ada lah meminta sokongan jentera memberi penerangan agar rakyat jelata memberi undi kemenangan terhadap saya bertanding calon kerusi Dewan Undangan anegeri pada PRU ke 14 akan datang, janji saya jika menang semua masaalah dan keperluan rakyat jelata akan saya tunaikan tanpa ada tercicir amnya pilih kasih yang penting kerja dahulu kemudian baru kita buat pembayaran selepas berjaya mengganti kerajan BN masa kini.
Seluruh pelbagai acara keraian keluarga mahupun majlis perkhawinan terus dikunjungi bagi meraih sokongan undi sebagai calon parti (dirashiakan) pada PRU ke 14 kita perlu kerja keras demi kemenangan jangan tanya gaji sebab ia satu pengorbanan, ini lah kata kata diantara golongan beberapa ahli politik yang berusaha meraih sokongan agar terpilih menjadi wakil rakyat atau wakil Parlimen amnya jawatan tertinggi jika menerajui kerajaan namun rakyat yang berkerja terus juga terbiar tanpa diberi sebarang gaji atau ganjaran setimpal.
Donny Latip dari Parlimen Sepanggar mendedahkan kancah politik era penghujung tahun 2016 dimana masing masing cuba menghadiri apa juga acara terbuka dengan ragam merakam pelbagai aksi gambar dijadikan publisiti sokongan rakyat jelata, sebaliknya tidak nampak kemampuan golongan terlibat membayar syarikat syarikat pengiklanan berlesen bagi tujuan tertentu menaik papan tanda atau iklan berbayar mempamerkan parti yang mereka wakili sebagai tatapan pelbagai lapisan masyarakat berdaftar sebagai pemilih jelas beliau.
Danny Latip juga mempersoalkan angan angan mahu menjadi calon pilihan raya namun cuba meminta bantuan kerja percuma dari syarikat peniaga berlesen mempamerkan gamvar mereka bersama parti diwakili dengan janji sudah menang baru dikira bayaran syarikat berkenaan, jika kewangan dalam kos RM200.00 kebawah bagi membayar syarikat pengiklanan pun tak disediakan adalah baik berhenti mempromosikan diri menjadi calon sebab rakyat tidak mahu pemimpin mereka yang menyuruh berkerja namun tidak membayar gaji demi kepentingan kemenangan katanya. "APAPUN RAKYAT MASA KINI HARUS BIJAK MENILAI AHLI AHLI POLITIK YANG CUBA BERSAING MAHU MEREBUT CALON ATAU MEMINTA KERJA GERAK GEMPUR MENDAFTAR AHLI AHLI PARTI YANG MEREKA WAKILI WAJIB MEMILIKI KEWANGAN BAGU MEMBAYAR SAGUHATI TERUTAMA BELANJA MAKAN HARIAN ATAU MINYAK KENDERAAN BARULAH LAYAK MENJADI CALON PEMIMPIN TANPA BERDALIH" TERANG BELIAU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan