Khamis, 8 Disember 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Jopis Anak Lagau
TAMAK PERDAYA PENIAGA PENGIKLANAN
SABAH. Beberapa agent Pengiklanan dan Publisiti mendedahkan kekeciwaan mereka apabila ada pihak orang berpendidikan cuba memperdaya urusniaga mereka dengan cara percuma walaupun golongan terlibat mampu dalam aspek kewangan, selain dari itu ramai golongan peniaga dan pemimpin parti politik masa kini sanggup memperalat syarikat pengiklanan dan publisiti agar memberi percuma semua urusan iklan dan publisiti golongan mereka yang terlibat membuat urusan dengan para pegawai perhubungan syarikat.
Kemelut ini berlaku sejak setahun yang lalu semata mata mahu publisiti percuma walaupun kerugian dikalangan syarikat pernigaan tempatan langsung tidak dihiraukan oleh golongan berkenaan namun sanggup membayar puluhan ribu terhadap peniaga asing, ini diakui oleh Jakson Walquire dalam pertemuan media terkini sabah bagi merungkai segala pengalaman beliau sepanjang mengurus pengiklanan dan publisiti dalam Borneo sejak 1 tahun lalu melibat orang politik dan peniaga berbilang kaum tanpa berkerjasama rakan senegara katanya.
Jakson Walquire menambah, di Borneo sahaja ramai orang minta iklan publisiti secara percuma tidak kira kerja siang atau malam penggambaran mereka mahupun ceramah produk mereka namun sebut kadat harga bayaran semua tidak mahu, perbuatan golongan tetlibat yang cukup berpelajaran serta warak dalam aspek minda amat memalukan bagai ambil kesempatan terhadap periuk nasi orang lain apa tak lagi sanggup memperdaya bangsa sendiri tanpa perikemanusiaan katanya.
"JAKSON WALQUIRE MENDEDAHKAN PERISTIWA INI SEBAGAI SEMPADAN MASYARAKAT AGAR TIDAK TERUS MEMPERDAYAKAN PENIAGA PENGIKLANAN DAN PUBLISITI DENGAN PERCUMA SEPERTI LINTAH DARAT,  MASYARAKAT BORNEO JUGAHARUS BIJAK BERFIKIR SERUPA SABAH BERSAMA SARAWAK AGAR PENIAGA IKLAN DAN PUBLISITI TURUT SAMA MENDAPAT MANAFAAT SEDIKIT KEUNTUNGAN STATUS URUSNIAGA MEREKA DALAM PUBLISITI DAN PENGIKLANAN", TEGAS BELIAU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan