Selasa, 20 Disember 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau/Arman Karim/Jasly Dol
HARAPAN BERJUANG DEMI RAKYAT PAKATAN SABAH
KOTA KINABALU.  Seluruh pemimpin bahagian Parti Harapan Rakyat Sabah digesa mengutamakan pendekatan menyeluruh rakyat dikawasan masing masing termasuklah pemuda dan wanita muda disamping golongan berdaftar sebagai pemilih setempat, selain dari itu agenda perjuangan sepakat perlu direalisasikan sesama parti tempatan Sabah bagi menumbangkan kerajaan masa kini demi membasmi bebanan hidup rakyat menangong kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah amnya kos pendidikan terlalu tinggi.
Selain dari itu jika rakyat Sabah mampu memberi peluang kepada parti pakatan pembangkang tempatan Sabah menang dalam pilihan raya pelbagai rangka pelan telah disusun bagi membentuk kerajaan negeri yang berwawasan kearah masa depan rakyat asal Sabah mahupun kaum pribumi mencapai kejayaan pelbagai peluang diceburi, namun segala cita cita yang diusahakan dalam misi perjuangan parti pakatan pembangkang Sabah tidak akan berhasil jika seluruh kepimpinan tidak sepakat mendampingi serta mengambil tahu pelbagai permasalahan rakyat disetiap kawasan diwakili.
Pakatan parti pembangkang Sabah juga sedang menanti masa sesuai bagi berbincang memastikan bagaimana rancangan membentuk halatuju sebagai satu pasukan dengan Parti pembangkang dengan beberapa menifesto yang perlu sama, pengagihan kerusi ditandingi juga mesti adil saksama dan jujur supaya tidak ada demand dalam pengagihan tugas dan kuasa sepanjang berjuang dalam pakatan Sabah khususnya apabila rakyat dalam negeri ini memberi mandat menerajui kerajaan pada PRU ke 14.
Kerajan pakatan Sabah juga jika diberi peluang akan menanggong kos bayaran GST yang amat membebankan rakyat berpendapatan rendah disamping mengekalkan Labuan sebagai bebas cukai berdasarkan kehendak rakyat setempat, kekayaan hasil negeri Sabah sudah sampai masanya diurus tabdir oleh kerajan Sabah sendiri agar ianya benar benar dapat dimanafaatkan oleh warga asal Sabah demi membasmi status kemiskinan sebenar rakyat dan bukan sekadar agenda politik pemanis kata.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) berkata demikian dalam sidang media semasa pelancaran parti Harapan dekat sini dengan disertai hampir 2,000 penyokong parti tersebut dari 26 bahagian seluruh Sabah, pakatan pembangkang Sabah terdiri dari Parti Solideriti Tanah Air Ku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS) sudah nekad berjuang atas sokongan rakyat jelata bagi membela dan mengembalikan hak hak yang tercicir akibat pemimoin nasa kini yang tidak konsisten menaik taraf ekonomi rakyat Sabah apa tak lagi amalan rasuah berleluasa  kepimpinan masa kini tegasnya.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin juga menitikberatkan kepimpinan pakatan Sabah wajib mendampingi sebenar seluruh rakyat Sabah suoaya mereka tidak merasa tercicir dalam apa juga keperluan rakyat jelata, tidak hairan lah dalam usia 2 bulan lebih parti Harapan sudah memiliki 26 bahagian hasil sokongan seluruh masyarakat negeri ini terutana golongan daftar pemilih yang benar benar mahukan kerajaan pakatan Sabah ujar beliau.
Media Terkini juga dimaklumkan bahawa tuduhan liar yang kononnya Pajatan Sabah tahaan pihak tertentu bagi memperkukuhkan kemenangan BN tidak benar malah ianya propaganda politik dikalangan ahli politik yang tidak disokong rakyat, atas sebab rakyat setempat tidak mahu sertai perjuangan golongan terlibat maka mereka terpaksa memutarbelit fakta agar rakyat Sabah meninggalkan pakatan Sabah bagi menyokong parti mereka supaya dapat peluang menjadi calon pada PRU ke 14 depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan