Jumaat, 4 April 2025

ULAR SAWAH TELAN MANUSIA DIKEBUN

Oleh. Helary Sukiono

Sulawesi Selatan. Akibat kurang kewaspadaan dengan haiwan dalam kebun tepi hutan seorang ibu puan Hasiah ditelan Ular Sawah sehingga terkorban dalam perut ular berkenaan.

       Kejadian berlaku pada 1 April 2025 ketika puan Hasiah mencari tali hutan bagi mengikat kayu api untuk dibawa pulang kerumah sebagai kegunaan sepanjang hari raya idulfiri, keluarganya tidak menduga dengan kejadian tersebut sehingga lah lewat petang tidak balik anak lelakinya Nurdin tampil membuat pencarian sekeliling kampung.

         Turut membantu pencarian adalah penduduk kampung kelurahan Batu Kabupaten Sidrap dekat sini sehingga kemalam, alangkah terkejutnya warga desa sebaiknya mereka menemui Ular Sawah besar yang membengkak pada bahagian perut Ular tersebut.

         Nurdin dan para warga desa sepakat membunuh  Ular Sawah tersebut demi merungkai apakah sebab perut ular berkenaan membesar, sebaik warga desa membela perut Ular Sawah berkenaan secara teliti dan perlahan alangkah terkejut mereka bahawa Puan Hasiah sudah tidak bernyawa didalam perut Ular tersebut.

         Kejadian tersebut turut disahkan oleh Pegawai Polis Tempatan Pitu Riase Ipda Zakaria sambil mengingatkan semua warga agar sentiasa berhati hati setiap kali memasuki hutan, Ular Sawah sememangnya sukar dikesan keberadaan nya jika kita lupa dan lalai setiap langkah semasa berada didalam hutan apa tak lagi dalam situasi bersendirian jelas nya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan