Sabtu, 26 April 2025

RAMALAN AWAL TEPAT

Oleh. Norjairi Kirwan dan Norsham Haji Tukirin

Tapah. Ramalan awal keputusan  BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning mendapat perhatian umum seluruh pembaca Media Terkini Harian didalam dan luar negara.

       Dalam pertandingan tiga penjuru pilihan raya kecil Dun Ayer Kuning BN  mendapat undi 11,065 menewaskan calon PN  yang memperolehi 6,059 dan calon PSM hanya memperolehi 1,106 undi.

      Majoriti undi diperolehi 5,006 undi manakala calon PSM dilaporkan hilang wang pertaruhan, jumlah peratusan keluar mengundi dilaporkan oleh suruhanjaya pilihan raya hanya 58.07 peratus manakala undi ditolak 289 undi.

      Pengundi Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning  masih memberi kepercayaan dengan segala kerjaya kepimpinan BN dan PH sepanjang berkempen PRK tersebut, malah BN dan PH harus melakukan kerjaya sepakat bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah pada tahun 2025 jika mahu menerajui kemenangan dalam PRN Sabah tahun ini.

       Menurut pembaca Media Terkini hari ini didalam dan luar negara segala tekaan kru akbar ini berhubung kemenangan BN PH semalam tepat dan boleh dipercayai tanpa keraguan walaupun tidak ada gol yang direkodkan,  ramai pembaca akbar ini yakin PRN Sabah akan datang dapat diramal semula oleh beberapa kru akbar ini berdasarkan fakta yang boleh mereka melakukan tinjauan awal mahupun jentera parti yang bertanding. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan