Selasa, 15 April 2025

RAMAI PEMAJU BAGAI SESAK NAFAS

Oleh. Norzairi Kirwan

Sabah. Warga dalam negeri ini hairan ramai pemaju bagai susah mahu menjual bangunan yang mereka bina sehingga segala prasarana bangunan rosak mahupun diambil warga tidak bertanggongjawab.

          Kepesatan bangunan dimerata tempat dalam negeri ini hasil projek syarikat pemaju pembangunan kedai dilaporkan umpama sesak nafas sukar menjual bangunan tersebut, pelbagai sebab yang menyukarkan penjualan mahupun penyewaan bangunan kedai dan pejabat dipelusuk negeri ini lapor penduduk tempatan.

           Antara perhatian utama para pembeli dan penyewa adalah keselamatan pelbagai aspek khususnya banjir, jarak dari pasukan keselamatan serta kepadatan penduduk berhampiran, selain dari itu jalan laluan keluar masuk dikalangan pelanggan sangat dititikberatkan golongan ahli perniagaan yang mahu membeli atau menyewa bangunan kedai sebagai permis perniagaan.

         Dalam tinjauan kru Akbar Media Terkini bukan sedikit bangunan kedai perniagaan umpama terbengkalai tanpa peniaga sampai berhutan sekeliling permis terlibat, ini menguji kemampuan dan keupayaan para pemaju golongan syarikat perniagaan dalam pembangunan kedai jika tidak mengkaji lebih terperinci pasti sukar menjual atau menyewakan nya.

        Sepanjang tinjauan Akbar Media Terkini Malaysia ramai pengurus permis bangunan kedai hanya selamba memandang kelibat kru akbar kami tanpa bersapa sepatah kata, ada juga para bangunan kedai yang dipenuhi semak sekeliling tanpa ada penghuni apa tak lagi membuka perniagaan malah jika malam hari dipercayai amat menyeramkan bergelap tanpa penghuni.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan