Selasa, 29 April 2025

MASAALAH HANYA DIRENUNG

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Ramai warga hanya merenung tiap hari isu kerosakan jalan raya walau didepan mata mereka sekalipun rasa keciwa hanya dipendam dalam hati masing masing.

      Malah ada juga warga yang menganggap kerosakan jalan raya 
 lumrah berlaku selur

uh negeri sepanjang tahun, tidak hairan lah terlalu banyak jalan raya berlobang  disetiap perkampungan walaupun berhampiran bandar dan pekan ujar orang ramai. 

        Kes kerosakan jalan jalan raya dikawasan perkampungan sering terlepas pandang oleh pihak berkuasa tempatan sehingga sakit mata memandang dikalangan penduduk,  
  namun apa yang or      

ang kampung mampu lakukan melainkan sekadar memendam perasaan  sedih dan keciwa mengharungi semua kerosakan jalan raya kampung yang mereka duduki sejak sekian lama tegas warga yang ditemui.

       Ada juga orang parti politik kawasan setempat yang cuba dihubungi bagi mendapat pandangan isu isu kerosakan ban
tak jalan raya sekitar perkampungan terpencil, namun semua panggilan mahupun watsap tidak mendapat jawapan yang tepat malah panggilan langsung tidak dijawab oleh mereka entah apa masaalah yang dihadapi. 

       Media Terkini Harian Malaysia memiliki pembaca di Sarawak dan Sabah sejak tahun 1998 lagi dan tidak mungkin 
orang parti politik atau pegawai pihak berkuasa tempatan tidak mengenali akbar ini, sebaliknya hanya golongan tertentu sahaja yang benar benar mahu melanggani akbar ini bagi Sabah jauh berbeza dengan Sarawak bumi kenyalang ungkap orang ramai.

         Sehingga berita ini ditulis terlalu banyak lagi isu isu kerosakan jalan raya yang terlepas pandang dalam negeri Sabah seperti yang dilaporkan oleh penduduk tempatan, mungkin ada lagi menyusul gambar gambar jalan raya yanh terbiar diseluruh Sabah pada masa akan datang terserah kepada warga yang mendepani jalan raya terlibat tanpa tindakan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini,  tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini  Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan