Sabah. Setiap kedai luar bandar dalam Sabah dilaporkan tidak ada menjual minyak masak bersubsidi untuk orang miskin entah kemana menghilang.
Berdasarkan pada siaran berita Semenanjung Malaysia minyak masak bersubsidi RM2.50 tidak bermasaalah seluruh tanah Melayu sampai kehari ini, sebaliknya bagi negeri Sabah warga miskin kebanyakan mereka melaporkan terlalu sukar mendapat minyak masak tersebut bagi kawasan luar bandar sejak beberapa bulan lepas.
Ada juga warga miskin dalam negeri ini yang mendedahkan ada pun minyak masak bersubsidi ditemui dijual golongan rakus antara RM3.50 hingga RM4.50 bagi seplastik, warga luar bandar melaporkan mereka tidak ada pilihan melainkan terpaksa juga membeli akibat gagal mendapat yang termurah berbanding harga yang dalan didalam botol ujar mereka.
Semua warga miskin luar bandar Sabah mengharapkan supaya kerajaan pusat madani turun padang membuat penyamaran mencari orang rakus, hanya penyamaran pihak berkuasa sahaja mampu mengesan orang orang rakus mengaut keuntungan dari hak hak golongan orang miskin ungkap mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan