Ahad, 27 April 2025

CABARAN DUN KERAMBUNAI PANAS

Oleh. Koijul Hairol dan Gifkir Aming

Parlimen Sepanggar. Kerusi Dewan Undangan Negeri Kerambunai mulai panas menjelang PRN Sa
 bah  akan datang

berikutan masing masing jentera parti mula bergerak menemui rakyat jelata dipelusuk perkampungan 
dalam kawasan tersebut.

      Kerusi Dewan Undangan Negeri N. 16 masa kini disandang oleh Datuk Haji Yakub Khan, manakala Datuk Aliakbar Gulasan Pesuruhjaya Parti Pas Sabah diramal bakal bertanding dalam Dun tersebut.

       Selain dari nama kedua dua pemimpin tersebut Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Kerambunai Datuk Haji Arshad Idris dilapor sudah bergerak menemui rakyat sebagai jentera PGRS mengintai kerusi tersebut.

        Antara disebut sebut aktivis politik Dun Kerambunai yang menggerak jentera parti mereka adalah Parti Warisan Sabah dan Parti KDM yang juga sudah lama bergerak menemui rakyat jelata setempat.

       Anehnya Akbar Media Terkini Malaysia hanya sesekali  sahaja mendapat ruang bersemuka dengan pemimpin Umno BN serta Pas setempat berbanding golongan pemimpin parti lain yang sukar membalas panggilan dan watsap kru akbar ini bagi kawasan tersebut.

       Semua pemimpin politik Dun Kerambunai masa kini tahun 2025 dilaporkan anak watan Sabah yang bakal dipilih rakyat pengundi dalam PRN tahun 2025 ini walaupun berbeza nama parti mereka sertai, nama calon calon yang bertanding dalam Dun Kerambunai pada Prn tahun ini masih lagi sulit dan rahsia dikaca mata rakyat berdaftar pengundi  bagi kawasan tersebut jelas orang ramai yang mengundi kawasan tersebut.

      Media Terkini Malaysia juga dimaklumkan ada juga parti parti kecil Sabahan yang bergerak kumpulan kecil bagi  Dun Kerambunai bagi mengimpikan kerusi kawasan berkenaan, namun parti parti kecil berkenaan terlalu sukar untuk dihubungi khususnya pemimpin tertinggi parti mereka  termasuklah mesej  juga gagal berjawab ungkap  warga penduduk setempat.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan