Khamis, 24 April 2025

PENCETAK BENDERA NEGARA PERLU DISIASAT

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Isu kecuaian pencetak bandera Malaysia perlu siasatan dikalamgan petugas pencetak atau pereka grafik khususnya tanpa melibatkan semua pihak demi mengelak isu diperbesarkan.

         Pereka grafik dan pencetak merupakan semua punca kewujudan Bandera Malaysia tidak memiliki bulan sabit serta dua bintang dan 8 jalur sahaja.

         Ini didedahkan beberapa penulis veteran bagi mengulas timbul nya pelbagai Bandera Malaysia yang tidak sempurna sejak beberapa minggu lalu.

        Ramai membidas Syarikat yang mengendalikan pencetak Bandera terlibat serta pihak kementerian yang menjaga pencetak Bandera  yang tidak lengkap, golongan terlibat tidak menumpukan  perhatian kepada pereka grafik amnya pencetak bandera negara terlebih dahulu ujar penulis veteran. 

        Isu bandera Malaysia yang tidak lengkap sejak beberapa hari yang lepas menjadi perdebatan semua peringkat warga sedangkan ianya berlaku akibat kecuaian pereka grafik dan tukang cetak, adakah pereka grafik dan pencetak berkenaan benar benar cintakan negara Malaysia atau sebaliknya mereka memiliki agenda lain yang sukar dirungkai mahupun diperalat oleh orang dari luar tegas penulis veteran.

         Sama sama kita mengambil iktibar dari kesilapan ini dengan mengkaji serta menyiasat golongan pekerja terlibat dalam pelukisan dan percetakan bandera Malaysia, tidak mungkin satu syarikat besar atau satu kementerian besar perlu dibidas sedangkan kurang dari 10 orang pekerja pereka grafik mahupun pasukan percetakan yang menelitinya.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan