Ahad, 13 April 2025

MEMBUNUH MEMUSNAHKAN BANGUNAN

Oleh. Danny Rew dan Huzera Ben

Rafah. Membunuh memusnahkan bangunan dan rumah kediaman 
 zionis Israel kini 

mula  mengepung seluruh Rafah serta mengusir penduduk mereka sekitar berhampiran sempadan. 

      Siapakah yang mampu menghalang tindakan Israel berkenaan begitu berani menceroboh negara orang lain merampas tanah kediaman warga penduduk negara Plastine, adakah para pemimpin dunia sekadar menonton kejadian kekejaman bala tentera Israel termasuklah tentera wanita mereka mengepung Rafah hari ini.

       Tidak hairan lah pejuang seperti Hamas, AlQassam, Hizbollah dan Houthi  cuba menggandakan usaha mereka menggagalkan serangan zionis Israel masa kini, tragedi perilaku zionis Israel keatas Gaza dan Rafah sangat teruk dan ianya seperti tidak ada langsung yang mampu menghalang perbuatan mereka sehingga masa kini.

        Rakyat biasa diusir paksa manakala bangunan hospital dibedil bom hingga musnah namun para pemimpin tertinggi negara kuasa besar hanya menonton sahaja, warga Rafah dan Gaza sekadar menitis air mata melihat apa yang diperlakukan oleh zionis Israel terhadap setiap rakyat dan tanah kediaman mereka masa kini.

       Apapun dalam konteks ini para pemimpin negara kuasa besar harus lah bertindak tegas memberi hukuman dan sekatan keatas semua perbuatan kepimpinan Israel yang kejam, jika tidak ada sebarang sekatan dan tindakan pantas keatas Israel oleh pemimpin negara kuasa besar tidak mustahil semua warga Rafah dan Gaza akan hilang tanah mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan