Sabah. Melihat kepada kemajuan dibandar ianya boleh diterima sebilangan warga dalam negeri mahupun pelancung asing, sebaliknya berapa ramai warga Sabah menjelajah seluruh luar bandar negeri ini sejak tahun 1963 sampai ketahun ini pada 2025 masih jalan tanah merah.
Kebanyakan kes seumpama adalah dilapur oleh masyarakat luar bandar yang hanya dilawati pemimpin parti politik silih berganti menjelang pilihan raya negeri mahupun parlimen sejak sekian lama tanpa banyak perubahan, selepas sahaja pilihan raya penduduk setempat mahupun berhampiran akan terus menanggung dan melihat jalan raya berkenaan tanpa perubahan selama lima tahun lagi jelas orang kampung.
Kemelut orang kampung terpencil dalam Sabah merasa keliru kemana mereka hendak mengadu dengan masaalah jalan raya tanah merah sehingga lah kunjungan Media Terkini Harian Malaysia ke Sabah, impian warga kampung adalah mengharapkan perhatian kepada kerajaan Madani Malaysia agar membantu menghantar pemantau kawasan luar bandar Sabah agar jalan raya tidak teruk kedhaifan nya jelas orang kampung.
Menurut warga kampung dikawasan tanah tinggi terlalu banyak jalan raya masih lagi tanah merah tanpa ada usaha mengaspal kawasan terlibat walaupun mampu dilakukan secara berperingkat, namun hanya kerajaan pusat madani sahaja harapan rakyat luar bandar Sabah dalam mengaspal jalan raya luar bandar yang sangat membebankan orang orang kampung dikawasan tanah tinggi tegas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan