Jumaat, 25 April 2025

PENDUDUK BORNEO PERLU WASPADA

Oleh. Williem Anak Lagau

Borneo. Semua warga perlu peka dengan kegiatan pemalsuan dokumen Surat Lahir dan Kad Pengenalan Malaysia oleh golongan tidak bertanggongjawab khususnya bagi Sarawak dan Sabah. 

      Kebimbangan pemalsuan dokumen dikalangan warga asing sekadar digunakan mendapat pekerjaan disebilangan syarikat kecil kecilan dan ladang persendirian, ada juga dilaporkan mendapat bantuan kerja dalam bidang ketukangan membuat rumah kereta motor kecil kecilan yang dilindungi oleh golongan tertentu jelas penduduk yang ditemui. 

         Keyakinan golongan terlibat PATI guna dakumen palsu adalah mereka akan berlari menyembunyikan diri jika ada operasi bersepadu sekitar tempat mereka berkerja, ada juga warga yang memberi mereka kerja  disebabkan melihat Kad Pengenalan mereka  semasa hadir bagi mencari pekerjaan kilang, ladang mahupun pembuat ketukangan.

         Tidak hairan lah ramai PATI lebih suka membina rumah rumah kecil ditengah bakau laut mahupun pinggir hutan diperkampungan luar bandar, kewajiban orang asli Borneo Sarawak dan Sabah adalah belajar mengenali Kad Pengenalan Palsu mahupun Surat Lahir Palsu demi  masa depan negara bersama.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media  Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan