Sabtu, 5 April 2025

RAMAI PENIAGA ISLAM GEMAR NAIK HARGA

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Sebilangan pengunjung kedai makan umat Islam didaerah Kota Kinabalu terpegun bila ada pengusaha kedai sesuka hati menaik harga makanan dan minuman dua hingga tiga kali setahun.

         Isu kenaikan kadar harga minuman dan makanan menjadi tanda tanya berikutan ianya berlaku sebilangan kedai Melayu dari luar negara, malah golongan pekerja kedai makan minum yang menaik kadar harga juga dilaporkan status yang meragukan asal usul mereka  berpandukan percakapan pekerja terlibat.

           Sebilangan pengunjung kedai makan dan minum yang sesuka hati  menaik kadar harga makanan dan minuman meminta kerajaan Sabah dan Persekutuan memantau setiap kedai berstatus Melayu luar negara, golongan peniaga terbabit bagai sesuka hati meletak kadar harga mengikut kemahuan mereka sendiri sampai dua hingga tiga kali naik didalam setahun tanpa menghiraukan teguran orang ramai apa tak lagi tidak beruniform.

         Sebagai contoh air kosong  dari 20 sen hingga 30 sen dan sampai 50 sen demikian juga teh O tanpa gula atau teh Cina panas dari RM1.00 ke RM1.50 dan kini RM2.00 setiap satu gelas, perkara ini didedahkan oleh kumpulan pelawat Kota Kinabalu dan sekitar yang tidak berpuas hati dengan kedai  Makan dan Minum berstatus Melayu luar negara langsung tidak mahu terima teguran warga Malaysia jelas mereka.

       Apapun warga Malaysia harus bijak bertanya harga minuman dan makanan setiap kedai Melayu luar negara yang berniaga didaerah Kota Kinabalu mahupun Sabah amnya sebelum memesan nya, jika harga yang disebut tidak masuk akal tak perlu gusar guna sahaja satu jalan berdiri dan angkat kaki berlalu pergi meninggalkan kedai terbabit tanpa memesan apa tak lagi untuk kembali lupakan sahaja.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan