Rabu, 23 April 2025

ISU PEMALSUAN DOKUMEN DIRI MEMBIMBANGKAN

Oleh. Williem Anak Lagau dan Norsham Haji Tukirin

Kuala Lumpur. Pemalsuan Surat 
 Lahir mahupun 

Kad Pengenalan dalam negara ini membimbangkan dan perlu diberi perhatian semua pihak walau dim

ana juga berada. 

     Isu tersebut dilaporkan bukan sahaja terletak dibahu kerajaan mahupun agensi penguatkuasa, ma
lah rakyat jelata yang sayangkan tanah air mereka dari dipenuhi golongan yang membeli surat lahir dan kad pengenalan perlu cakna dengan isu tersebut.

        Penahanan kumpulan pemalsu surat lahir baru baru ini menggambarkan ianya amat sirius dan perlu diberi perhatian diseluruh negara, bahkan rakyat jelata seluruh negara juga wajar menjadi mata dan telinga kerajaan bagi menyalurkan naklumat jika wujud kes seumpama disekeliling mereka.

       Mungkin kah lebih banyak lagi kes seumpama berlaku diseluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah yang masih tersembunyi tidak ada warga yang tahu sehingga kini, namun terdapat maklumat bahawa golongan pemegang dokumen palsu diseluruh negara akan melarikan diri jika melihat pasukan beruniform walau dimana mereka berada jelas orang ramai.

       Dengan pendedahan ini warga Malaysia perlu bijak mengesan disekeliling mereka agar tidak ada pemegang dokumen palsu bersembunyi dipersekitaran mereka, jika warga kurang peka dengan kebanjiran pemegang dokumen palsu khususnya surat lahir dan Kad Pengenalan maka semua kemudahan dalam negara turut mereka kongsi.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan