Sabtu, 19 April 2025

BERJAYAKAH GRS BERGABUNG PH?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Berjayakah Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan membentuk kerjasama dalam pilihan raya negeri Sabah ke 17 tahun ini?, adakah semua gabungan parti Sabahan mereka bersetuju dengan kerjasama gabun
 gan PH parti dari

Kuala Lumpur seperti juga dengan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

       Antara pandangan pemerhati politik bagi merungkai kenyataan Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Mohd. Noor Ketua Menteri Sabah yang membayangkan kerjasama tersebut, jika ini berlaku besar kemungkinan BN, PN, WARISAN, KDM bakal mendepani PRN 17 secara bersendirian ataupun mungkinkah mereka juga bakal membentuk satu kerjasama dalam pilihan raya negeri kelak.

         Semua teka teki ini hanya mereka orang politik sahaja yang mampu merungkai kerjasama bagi mendapat kemenangan undi dari segenap lapisan rakyat pengundi kelak, malah apa juga kerjasama dalam politik menjelang pilihan raya negeri akan datang namun rakyat pengundi terus berfikir sebarang kejadian kerjasama setiap parti politik tempatan.

       Pilihan raya negeri Sabah mungkin diadakan pada Oktober 2025 atau lebih awal dari tarikh penggal kerajaan negeri Sabah menurut pandangan para ahli ahli parti politik tempatan Sabah, siapa juga parti politik yang akan membentuk kerjasama perlu dikaji dalam pengagihan kerusi yang bakal mereka tandingi adakah cukup adil bagi pemimpin parti yang bertanding kelak.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan