Selasa, 22 April 2025

DUN INANAM SIAPA PILIHAN PENGUNDI?

Oleh. Willem Anak Lagau

Kota Kinabalu. Kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam terus menjadi rebutan para pemimpin parti politik  dengan pelbagai jentera dilakukan bagi meraih sokongan setiap pengundi.

     Semua ungkapan kata dilaungkan setiap kali berucap disetiap kampung  bagi mengharap sokongan setiap rakyat pengundi setempat, sebaliknya selepas berucap sahaja sebilangan pengundi yang menghadiri majlis hanya tersenyum dengan mendedahkan undi itu ditangan dan minda sendiri.

       Kebanyakan pemimpin parti politik tempatan yang bergerak seluruh kawasan Dun N. 18 Inanam sangat yakin warga pengundi akan berpihak pada perjuangan parti tempatan mereka, sebaliknya tidak ada langsung akuan kami (rakyat pengundi) akan mengundi mana mana parti berikutan belum pun bubar Dun Sabah ungkap warga tempatan yang ditemui.

        Sehingga berita ini ditulis Dun Inanam belum ada sebarang parti politik selesa memenangi undi rakyat setempat walau apapun slogan disebarkan orang parti politik masing masing, majoriti pengundi setempat mahu menilai pemimpin parti prihatin masaalah rakyat, jujur, pantas membantu penduduk bermasaalah dan tidak pilih kasih rakyat tegas mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan