Ahad, 20 April 2025

TENTERA SERBA BOLEH

Oleh. Koijul Hairol

Ranau. Angkatan Tentera DiRaja Malaysia bukan sahaja mampu mempertahankan negara diperbatasan, malah mereka juga serba boleh menyelamatkan nyawa warga yang dihanyutkan air desar berpusar dalam sungai tanpa mengira masa.

       Ini yang telah dilakukan seorang Angkatan Tentera Malaysia yang berjaya menyelamatkan kanak kanak perempuan berusia 7 tahun di Kg. Langsat dekat sini, kanak kanak wanita yang bermandi disungai tersebut tiba tiba dihanyutkan air berpusar membuatkan anggota tentera yang turut bersama terjun menyelamatkan nya.

      Kanak kanak tersebut selamat sebaik dibawa ketebing sungai bersama keluarga kanak kanak wanita tersebut tanpa kecederaan sirius, malah warga Ranau juga dilaporkan memuji ketangkasan anggota tentera terlibat sanggup berenang diair berpusar demi menyelamatkan nyawa kanak kanak berkenaan.

      Kru Media Terkini dimaklumkan anggota tentera yang terjun menyelamatkan kanak kanak wanita yang dihanyutkan air berpusar tidak memakai sebarang peralatan keselamatan, mujur lah anggota terbabit mahir dengan langkah langkah mengharungi air berpusar dalam menyelamatkan mangsa yang dihanyutkan apa tak lagi kanak kanak yang masih kecil.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan