Khamis, 3 April 2025

AIDILFITRI PEMANGKIN UKHUWAH PERPADUAN

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Keningau. Kemeriahan sambutan hari raya aidilfitri tahun ini bukan sahaja dalam aspek hidangan pelbagai juadah, sebalik
 nya mampu mengerat 

silaturrahim serta ukhuwah dan perpaduan semua kaum walau berbeza bangsa dan agama khususnya

bagi daerah Keningau.

       Malah sambutan aidilfitri tahun 2025 bagi keluarga besar 
sangat meriah dan bermakna bila dikunjungi para pemimpin pelbagai parti politik, apa tak lagi turut disertai kehadiran para pemimpin politik veteran mahupun baharu yang menjadi sahabat setiap masa penuh keakraban.

       Ini disuarakan oleh Encik Sahamin Gani yang mengadakan Rumah Terbuka Raya bersama keluarga disamping menerima kunjungan rakan, antaranya Datuk Haji Sairin Karno, Encik Hamidi Rithauddin, Encik Yanto Rithauddin, Ustaz Jabidi, Encik Mohd. Afzal Harun dan Puan. Hanisah Bte Haji Mokhsin.

       Majlis rumah terbuka diadakan bertempat pertama Kg. Rancangan Pamalan dan majlis rumah terbuka kedua bertempat di Kg. Tudan Baru Keningau penuh kemeriahan dengan kunjungan saudara mara dan sahabat handai Parlimen Keningau jelas Encik Sahamin Gani. 

       Impian beliau adalah diberi kesihatan baik sepanjang masa disamping dimurahkan reziki agar boleh menganjurkan semula Rumah Terbuka Raya Aidilfitri pada tahun 2026 kearah yang lebih meriah lagi katanya.

Selamat Merayakan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025. Kepada Seluruh Saudara Mara, Sahabat Handai Serta Kenalan Yang Mengenali Walau Dimana Sekalipun Berada. Semoga Sentiasa Diberi Kesihatan Sempurna Dan Dimurahkan Reziki Bersama Setiap Masa.
Daripada. Encik. Sahamin Gani serta seluruh keluarga besar Kg. Rancangan Pamalan dan Kg. Tudan Baru Keningau










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan