Kuala Lumpur. Kerajaan Madani wajar memasuk wang belian barangan makanan kedalam akaun penerima bagi membeli barang makanan yang harga murah, tidak bermanafaat barang makanan dengan harga tinggi yang dibuat oleh kedai kedai terpilih menyalurkan bantuan makanan sehingga tidak menampung makan bulanan keluarga terlibat.
Antaranya Beras, Sardin, Minuman, Mee Goreng yang dinaik harga tinggi sehingga barang makan boleh diambil hanya menampung untuk 16 hari sahaja dalam satu keluarga, jika dibeli sendiri oleh penerima barang makan yang diperolehi boleh menampung makanan keluarga sehingga 29 hari setiap wang belanja yang diperolehi ujar warga penerima.
Bayangkan belanja wang RM100.00 sebulan jika pilihan beras murah boleh membeli 20 kilogram namun bila kedai terpilih bahagi hanya 10 kilogram dengan harga hampir RM38.00, semua barang makan kedai terpilih letak barangan yang tinggi harganya supaya pemilik Kad Pengenalan hanya memperolehi barang makan sedikit dalam keluarga mereka.
Kerajaan Malaysia masa kini perlu menukar wang ringgit kedalam akaun bank pemilik Kad Pengenalan supaya warga miskin mampu memperolehi barang makan mencukupi, dibayar pada kedai yang hanya makan tulang orang miskin lebih merugikan berbanding dengan menyalurkan terus wang berkenaan dalam akaun bank pemilik Kad Pengenalan jelas orang miskin.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan