Isnin, 14 April 2025

MALAYSIA KEHILANGAN SEORANG LAGI MANTAN PERDANA MENTERI

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Mantan Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali kerahmatullah pada jam 7.10 minit malam ini 14 April 2025 di Institut Jantung Negara.

        Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 dan Allahyarham kembali kerahmatullah dalam usia 85 tahun.

       Sepanjang menjadi Perdana Menteri Kelima Allahyarham  banyak mencatat kegemilangan terhadap negara Malaysia penuh kesedarhanaan dan seiring dengan pengurusan pentabdiran negara penuh kegemilangan.

        Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan ditempatkan di Madjid Negara dari jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari bagi memberi penghormatan terakhir seluruh warga Malaysia sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan selepas sholat Zohor dan Sholat Jenazah hari selasa ini.  

        Semoga Roh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dicucuri Rahmat serta ditempatkan dikalangan orang orang beriman.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang




Tiada ulasan:

Catat Ulasan