Sabtu, 26 April 2025

PERCATURAN PRN MASIH SENYAP

Tuaran. Empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Tuaran disifatkan warga penduduk sepi suara politik pem
 bangkang berban

ding politik pemerintah.

      Antara kerusi terlibat adalah Dun Kiulu, Dun Tampaluri, Dun Sulaman serta Dun Dalit yang hanya ada suara dikalangan pemimpin parti pemerintah negeri Sabah.

       Sebilangan penduduk setempat hanya menonton berita dan membeli akbar disuarakan para pemimpin parti pemerintah kerajaan negeri, tidak hairan lah kekuatan dimata rakyat jelata jelas memihak kepada parti parti kompenen peneraju kerajaan Sabah sehingga masa kini  berikutan tidak ada suara dari parti pembangkang.

         Kru Media Terkini Borneo berusaha menghubungi pemimpin Parti Pembangkang kawasan Parlimen Tuaran namun sukar memperolehi jawapan dari mereka, hanya beberapa aktivis politik yang menyifatkan golongan ahli parti pembangkang lebih menggunakan watsap group sebagai siaran maklumat politik mereka. 

      Ramalan rakyat pengundi kawasan Parlimen Tuaran pemimpin parti politik pemerintah negeri Sabah lebih menguasai siaran akbar eletronik dan bercetak amnya, manakala parti pembangkang lebih kepada penyampaian agenda politik mereka melalui watsap group serta saluran laman sosial persendirian mereka demi mengekalkan kenyataan bebas tanpa tapisan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan