Jumaat, 18 April 2025

ROKOK SELUDUP DAN PENGEMIS MENGUNTUNGKAN

Oleh. Williem Anak Lagau dan Basron Kirwan 

Sabah. Penjualan rokok seludup serta pengemis dilorong lorong pejalan kaki seluruh negeri ini 

sangat menguntungkan tanpa lesen dan cukai sepanjang masa. 

       Dua kerjaya ini sangat menguntungkan kepada sesiapa juga yang menjalankan nya diseluruh negeri apa tak lagi pelanggan dan penyumbang terlalu ramai, tidak hairan lah penjual rokok seludup dan peminta sedekah setiap bandar dan pekan dinegeri ini tak dapat dihapuskan walau apa cara sekalipun ujar warga yang ditemui.

      Penjualan rokok seludup dikaki lima bukan sahaja dilakukan kaum lelaki malah ianya dikuasai golongan wanita dan remaja yang sukar dikesan suku etnik dan asal usul mereka, demikian juga peminta sedekah disetiap lorong pejalan kaki  depan kedai mahupun pasar sayor wanita dan lelaki termasuklah kanak kanak silih bertukar ganti melakukan kerja serupa.

        Selagi mendapat sokongan ratusan pelanggan setiap seorang penjual rokok seludup selagi itu perniagaan serupa akan bertambah setiap hari diseluruh negeri ini, peminta sedekah juga sama selagi puluhan orang menghulur wang RM2.00 setiap seorang peminta sedekah tiap hari selagi itu pengemis akan terus bertambah tanpa henti.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan