Sabah. Warga miskin mendedahkan gagal memperolehi Minyak Masak Pekej Plastik dan Telor Murah dikedai kedai pekan terpenci sebaik mereka keluar pekan seminggu sekali.
Majoriti orang di
perkampungan luar bandar yang hanya dua atau sekali sebulan keluar pekan akibat kerja kampung hanya dapat membeli barangan tanpa subsidi, manakala orang yang sentiasa tinggal dipekan berkemampuan dan berniaga pula banyak memperolehi manafaat barang makan bersubsidi setiap masa sampai dikedai berkenaan.Menurut warga miskin orang kampung ada juga golongan tertentu sanggup menjual minyak masak pekej plastik dengan harga RM4.00 manakala Telor gred C pula ada yang menjual nya sehingga RM18.00 satu tray ujar mereka.
Berikutan tidak ada lagi yang termurah dari harga seumpama orang miskin diperkampungan jauh terpencil terpaksa membelinya juga, ini perlu diambil perhatian kerajaan pusat supaya orang miskin diperkampungan luar bandar Sabah memperolehi barang makan bersubsidi berkenaan.
Selain dari itu majoriti berpendapatan RM1,500 kebawah sebulan didalam negeri Sabah gagal mendapat peluang mendaftar bantuan E.Kasih walaupun beberapa kali memohon, tidak hairan lah jika masih ramai orang miskin diperkampungan terpencil dalam Sabah gagal memperolehi bantuan sehingga kehari ini berbanding warga kota.
Hanya kerajaan Madani Pusat menjadi sandaran orang orang kampung di Sabah bagi mengurus bantuan mereka secepat yang boleh demi mendapat bantuan yang wajib mereka perolehi, dilaung laungkan bantuan guna Kad Pengenalan dan mendaftar E.Kasih namun warga kampung yang tidak tahu cara nya kemana hendak mengadu jelas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan