Sabah. Isu rumah setinggan tidak habis walaupun saban tahun perobohan dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.
Roboh disini disana membangun, disana roboh disini membangun itulah kes yang kerap berlaku didalam negeri Sabah, anehnya majoriti membangun rumah setinggan adalah yang berkereta, bermotorsikal namun masih lagi sanggup membina rumah setinggan yang dihalang pihak berkuasa.
Bayangkan kebanyakan rumah setinggan ada dua hingga tiga kenderaan dan motorsikal didepan rumah mereka, jika kata tidak mampu sewa atau beli rumah mustahil mampu beli kereta dan motorsikal setiap penghuni rumah rumah setinggan.
Ini lah persoalan yang sukar dijawab warga Sabah sehingga tidak muda membasmi rumah setinggan walaupun mereka ini seringkali bercampur pendatang tanpa izin, namun kata orang kita roboh diutara bangun diselatan, roboh dibarat bangun ditimur tidak sama sekali boleh dihapuskan setiap tahun pasti tumbuh juga disana sini.
Satu kaedah yang perlu dilakukan oleh kerajaan Sabah jika mahu membasmi rumah setinggan ialah menubuh pasukan badan pemantau rasmi dari bekas Tentera dan bekas Polis seluruh Sabah, badan gabungan tersebut boleh menjalankan rondaan tiap hari bagi mencegah pertumbuhan setiap rumah setinggan dipelusuk negeri ini jelas warga prihatin.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan