Kota Kinabalu. Pelik melihat sebilangan warga atau peniaga selamba sahaja melihat individu yang mengemis sambil meminta makanan, mereka juga berani meminta wang tanpa sedar diperhati dalam poket baju mereka tersorok plastik serta gam kasut tiap hari.
Golongan terlibat bergerak antara dua hingga tiga orang secara berasingan tempat dengan bau yang meloyakan namun ramai yang tak kisah melihat golongan terlibat mendekati mereka dari awal pagi hingga kepetang, ada juga warga tempatan sanggup memberi antara RM5.00 atau RM10.00 seorang walaupun ada diantara mereka tahu golongan terlibat sekadar beli makan harian dan gam kasut untuk dihidu jelas mereka.
Antara luahan beberapa pengunjung Kota Kinabalu serta kawasan berhampiran dalam tinjauan Media Terkini dekat sini beberapa hari yang lalu dengan terserampak penghidu gam berkenaan, peniaga kedai dan pekerja mereka juga sekadar tersenyum melihat gelagat peminta sedekah yang bagaikan mabuk akibat hayal dengan menghidu bau gam kasut seharian didepan lorong para pejalan kaki.
Ini lah yang menjadi tanda tanya mengapa orang awam sekitar Kota Kinabalu tidak kisah dengan perbuatan golongan terlibat setiap hari, malah kru Media Terkini yang ada didepan mereka sekalipun bagai tidak dikenali dengan kad press jenama Media Terkini tersemat namun tak kisah bagi mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan