Sabtu, 15 Februari 2025

BEBOLA MATA JADI REBUTAN

Oleh. Helary Sikiono

Kalimantan. Bebola mata dijadikan gulai sebilangan warga desa jauh dipedalaman dilaporkan dua kali setahun pada musim tengkujuh. 
          
         Bebola mata merupakan sejenis kulat batang yang hampir sama rasa dengan daging ayam rebus yang sangat menyelerakan.

        Kebanyakan warga desa memasaknya dengan campuran ikan bilis mahupun udang kering sebagai perasa tambahan kelazatan nya, ada juga yang memasaknya tanpa sebarang campuran selain dari garam sahaja bagi mengekalkan aroma perasa umpama ayam jelas mereka.

      Kulat ini juga dilaporkan berbeza beza nama mengikut bangsa dan negeri negeri yang mengenalinya, namun ramai yang mengingatkan jika memasak apa juga jenis kulat jauh kan dari penggunaan Kari pra campuran ungkap mereka.

      Apapun semua pengguna boleh memilih cara cara  pilihan mereka mencampurkan pemasakan Kulat Bebola Mata mengikut selera tersendiri, kepakaran dalam pemilihan campuran memasak Bebola Mata bergantung kepada warga yang mengenali semua jenis kulat batang lapor warga setempat. 








Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan