Kuala Lumpur. Cabaran kompleks beli belah yang besar dizaman moden kini adalah aspek keselamatan, pemilihan keselamatan berpengalamanamat penting agar tidak mencetus kerisauan orang ramai.
Isu tembakan di pusat beli belah Setia Shah Alam dengan maklumat Polis lapan das tembakan dilepaskan merupakan perlu kesedaran pengurusan semua pusat beli belah seluruh negara, khidmat keselamatan berpengalaman sangat penting disamping sentiasa berkerjasama dengan pasukan Polis setiap masa agar lebih terjamin keselamatan orang awam.
Siapapun mangsa sasaran penembak pengurusan kompleks beli belah perlu bersiap siaga setiap masa bagi memperkasa pasukan keselamatan dalam permis mereka, ini merupakan pandangan para anggota pesara keselamatan veteran sebagai mengulas inseden yang berlaku didalam pusat beli belah Stia Shah Alam sehingga ada pekerja yang cedera.
Kejadian seumpama juga wajar dijadikan pengajaran seluruh pusat beli belah seluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah agar memperkasa kawalan keselamatan mereka, malah semua petugas keselamatan mahupun kakitangan dalam sesebuah pusat beli belah perlu saling berganding bahu dalam mencegah penjenayah memasuki permis mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan