Penduduk negeri Sabah meminta setiap luar bandar ditanah tinggi dinaik taraf jalan raya serta dibina perhubungan jalan raya yang masih belum memiliki jalan raya sejak puluhan tahun yang lalu.
Kebanyakan perkampungan ditanah tinggi bergeran milik orang asli Sabahan masih gagal dibangun kemudahan jalan raya walaupun kerap dilawati setiap pemimpin menjelang pilihan raya, sebaliknya lepas sahaja pilihan raya keperluan jalan raya tanah tinggi yang diluahkan bagai dilupakan tanpa sebarang tindakan pembinaan nya dikalangan Wakil Rakyat yang diundi rakyat sehingga menjadi YB.
Keluhan ini dikemukakan penduduk Sabah yang tinggal dikawasan perkampungan tanah tinggi dan memiliki geran tanah warisan nenek moyang mereka sebelum kemerdekaan, namun sampai hari ini tahun 2025 masih ada lagi orang asli Sabahan ditanah tinggi berjalan kaki berbatu batu memasuki tanah kediaman mereka tanpa bantuan kerajaan jelas mereka.
Tambah orang asli Sabahan lagi, ada kah PRN Sabah ke 17 ini boleh membina jalan raya ditanah tinggi sebelum pilihan raya atau bakal dijanji lagi pembinaan jika menang dalam PRN, rasa rasa nya apa juga parti politik yang bertanding kelak akan terus menghujahkan "kalau kita menang pasti kita buat dan laksanakan" seperti janji janji manis yang lalu ungkap orang asli.
Media Terkini yang cuba menghubungi kebanyakan ahli parti politik Sabahan gagal mendapat jawapan malah watsap juga tidak berbalas walau berulangkali, rakyat Sabahan sahaja yang mampu menghayati Jalan Raya Pan Borneo Kelulusan semasa kerajaan BN mungkin sudah bertambah kekawasan tanah tinggi masa kini jika BN masih memerintah masa kini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan