Rabu, 19 Februari 2025

ISU KEKURANGAN BEKALAN KELAPA TUA

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kuala Lumpur. Kementerian Kerjaya Malaysia perlu turun padang bagi meninjau tanah geran persendirian luar bandar negeri Sabah secepat mungkin, ianya penting bagi mengetahui masaalah ketiadaan jalan raya kelompok tanah geran orang kampung walaupun sudah merdeka sejak 1963 yang lalu.

       Tanah tanah geran persendirian di Sabah tidak dapat diusahakan dengan sempurna akibat tidak ada jalan raya untuk kegunaan mengusahakan nya, jika kementerian kerja raya Malaysia mampu meninjau masaalah tersebut mungkin boleh diusahakan penanaman kelapa yang kekurangan bekalan negara setiap tahun.

       Keluhan dikemukakan penduduk dan para pemilik tanah luar bandar yang belum ada jalan raya selepas lebih 60 tahun merdeka, penduduk luar bandar Sabah hairan dalam tempoh lebih 60 tahun tidak nampak daya usaha memberi jalan raya ditanah kelompok geran tanah persendirian jelas mereka.

      Dalam pertanyaan kru Media Terkini, penduduk luar bandar Sabah mengaku sering kali mereka suarakan pada orang parti politik yang melawat kampung, namun tidak ada tindakan sebaik menjadi pemimpim kerajaan apa tak lagi jika sudah berjawatan langsung tidak menjawab talian telipon jelas mereka.

       Harapan warga kampung luar bandar Sabah agar Menteri Kerja Raya Malaysia dapat mendengar keluhan mereka dan dapat turun meninjau setiap kampung tanah tinggi, bagi penduduk kawasan tanah rendah atau pesisir pantai tidak bermasaalah namun semua tanah tinggi sukar mengusahakan tanpa jalan raya sebagai laluan ketanah mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan