Sabah. Gerak kerja Umno dan Barisan Nasional Sabah perlu sampai keakar umbi yang berterusan jika ada ruang kelapangan sehingga pilihan raya negeri Sabah akan datang.
Selain dari itu Umno Barisan Nasional perlu bijak menangkis segala tohmahan musuh musuh politik seperti yang diungkap para pemimpin tertinggi parti mereka, malah kesiap siagaan seluruh ahli parti perlu segerak sentiasa seperti gerakan pemimpin tertinggi dibawah kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Pengurusi BN.
Kehadiran beliau selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia memberi satu semangat kepada Umno BN Sabah bagi menghidupkan semangat juang jika mahu kembali berkuasa dinegeri Sabah, berdasarkan kepada masa yang ada Umno BN tidak mempunyai masa yang cukup bagi menemui semua ahli mahupun penyokong diperingkat akar umbi sehingga PRN selewat lewatnya penghujung tahun 2025.
Setiap amanat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno juga perlu disampaikan oleh para pemimpin Umno BN diperingkat bahagian dan cawangan kepada setiap ahli, ianya penting bagi memperkasa kekuatan Umno BN secara keseluruhan dalam negeri Sabah sebagai mengembalikan aura kekuatan Umno BN negeri sehingga mendepani pilihan raya negeri akan datang.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menemui seluruh pemimpin Umno dan BN di Tawau mahupun BN Sabah merupakan satu misi dan visi menghidupkan semula kekuatan gabungan BN Sabah, ianya bukan satu tontonan para ahli mahupun penyokong sahaja sebalik memperkasa kekuatan perjuangan diperingkat akar umbi penuh kefahaman dan pengertian kembali memperkuat perjuangan.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkeyakinan seluruh pemimpin Umno dan BN Sabah mampu bergerak menyatukan semula ahli dan penyokong diperingkat bawahan berkekalan, hanya kekuatan diperingkat bahagian dan cawangan mampu meraih sokongan rakyat jelata agar kembali berkuasa dalam kerajaan Sabah selepas pilihan rayacnegeri penghujung tahun ini.
Barisan Nasional Sabah dianggotai oleh Umno, MCA, MIC dan PBRS yang boleh menggerak jentera mereka memulihkan kekuatan perjuangan, jentera diperingkat bahagian dan cawangan setiap parti juga wajar memiliki keupayaan menepis semua tohmahan musuh musuh politik mereka seperti kepimpinan tertinggi mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan