Isnin, 24 Februari 2025

KERAJAAN PRIHATIN

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Kuala Lumpur. Rakyat miskin seluruh Semananjung Malaysia bakal mendapat manafaat keprihatinan kerajaan madani  bermula 1 March 2025 hingga 31 Ogos 2025.

         Warga miskin seluruh Semananjung Malaysia mampu membeli beras  dengan harga RM26.00 bagi 10 kilogram sebagai mengurangkan bebanan rakyat miskin, namun ianya tidak diumum bagi negeri Sarawak dan Sabah yang menjadi tanda tanya langkah kerajaan negeri mahu melaksanakan penjualan seumpama atau sebaliknya.

        Menurut penduduk Sabah, mereka hanya menonton sahaja penjualan beras murah serupa juga dengan bantuan miskin Sabah yang hanya untuk seratus ribu orang sahaja, untuk mendapat maklumat rekod miskin muda sahaja dapat data dari lembaga hasil dalam negeri terutama warga emas penerima STR pasti dapat rekod orang miskin tegar.

        Sama juga dengan keperluan beras murah semua warga miskin tegar bukan sahaja di Jabatan Kebajikan Masyarakat malah dalam Lembaga Hasil pun muda diperolehi, semuanya bergantung kepada keupayaan kerajaan setiap negeri memberi bantuan keatas penduduk mereka setiap masa jika benar benar prihatin ungkap warga Sabah.

        Untuk rekod Media Terkini dimaklumkan penduduk Sabah pada tahun 2023 berjumlah 3,592,800 orang keseluruhan dan belum ada maklumat jumlah penduduk tahun 2025, menurut rekod yang diumum kerajaan Sabah mendapat manafaat bantuan RM300 sebulan hanya dalam jumlah 100 ribu orang sahaja disenarai miskin tegar di Sabah.

       Dengan bantuan beras termurah jualan RM26.00 bagi 10 kilogram rakyat Sarawak dan Sabah turut mendapat manafaat yang sama, kerajaan madani pusat wajar meminta kerajaan negeri Sarawak dan Sabah turut sama menjual beras serupa berpandukan rekod penerima Sumbangan Tunai Rahmah.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan